KUANTAN: Keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC oleh Datuk Seri Najib Razak adalah bukti sistem kehakiman negara masih berintegriti tinggi, bebas, telus dan menjamin keadilan.
Malah menurut Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, negara-negara luar melihat keputusan tersebut sebagai sangat positif dan beranggapan kerajaan Malaysia kini benar-benar berusaha memerangi rasuah dan tidak mencampuri urusan badan kehakiman.
Tambah Saifuddin, kesan positif juga terhadap pelabur-pelabur asing yang akan mempengaruhi keyakinan mereka terhadap suasana pelaburan di negara ini.
"Keputusan jelas sekali menunjukkan yang sistem kehakiman kita adalah bebas dan tidak dipengaruhi oleh politik atau mana-mana kuasa yang lain sedikit sebanyak ia membantu imej Malaysia di persada antarabangsa.
"Bagi penganalisis ekonomi dan perdagangan ini penting termasuk juga bagi bakal-bakal pelabur kerana mereka hendak lihat sejauh mana negara ini mempunyai sistem kehakiman yang boleh mereka percayai kalau mereka datang ke sini. Manalah tahu sekiranya mereka pun ada isu yang nak dibawa ke mahkamah ini antara benda yang didebatkan sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Jeram di sini hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Kes SRC: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
Dari sudut lain kata Saifuddin, kes ini juga menyentuh ahli Bersatu kerana Presidennya pernah dipecat ekoran lantang mempersoalkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bagi Saifuddin, memerangi rasuah perlu diperjuangkan oleh semua pihak sama ada daripada parti-parti politik, NGO mahupun daripada individu walaupun prosesnya memakan masa.
"Sedikit sebanyak dia menyuntik semangat kepada ahli-ahli Bersatu untuk teruskan perjuangan dan di samping itu kepada rakyat Malaysia juga ini adalah suatu tanda yang sangat-sangat significant bahawa kita tidak boleh jemu dan tidak boleh takut untuk menegakkan kebenaran dan keadilan menghapuskan rasuah dan menegakkan integriti serta menamatkan politik wang," katanya lagi.
Pada 2015, Najib pernah menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika skandal 1MDB di puncak perhatian dan turut dipecat daripada Kabinet adalah Mohd Shafie Apdal yang juga mempersoalkan isu 1MDB ketika itu.
Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan sabitan dan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib berhubung penyelewengan dana SRC International sebayak RM42 juta.
Mohd Zalani Md Atan
Wed Aug 24 2022
Saifuddin berkata negara-negara luar melihat keputusan tersebut sangat positif dan beranggapan kerajaan Malaysia kini benar-benar berusaha memerangi rasuah. - Gambar fail
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Keputusan rayuan kes SRC: Mahkamah Rayuan kekal sabitan, hukuman Najib
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan itu dalam prosiding secara maya melalui zoom bermula jam 9 pagi tadi.
'Kluster Mahkamah': Polis nafi tidak ambil tindakan awal perhimpunan penyokong Najib
Datuk Mazlan berkata, penganjur perhimpunan akan dipanggil membantu siasatan kerana ingkar arahan yang sudah diberikan pihak berkuasa.
Najib bersalah: Satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia - PH
Majlis Presiden Pakatan Harapan menyifatkan keputusan kes SRC International terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu kemenangan besar buat rakyat Malaysia.
Kes SRC: AmBank didenda kerana gagal lapor transaksi curiga dalam akaun Najib - Saksi
AmBank cawangan Raja Chulan pernah dikenakan denda kerana gagal menghantar Laporan Transaksi Meragukan
Kes SRC: Pemegang akaun bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi
Pengurus AmBank cawangan Raja Chulan, R Uma Devi berkata, semua pemegang akaun bertanggungjawab terhadap sebarang transaksi yang melibatkan akaun mereka.
Kes SRC: Keterangan antara saksi bercanggah
Berlaku percanggahan antara keterangan yang diberikan oleh saksi kedua, Azizul Adzani Abdul Ghafar dengan keterangan saksi ke-21, R Uma Devi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini hari ini.