NATIONAL
Kes SRC Najib: Pekarangan mahkamah 'bergema' dengan jeritan 'Bossku', 'I Love You'

Terdahulu, Najib tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 1.52 tengah hari bagi menghadiri perbicaraan kes tujuh pertuduhan RM42 juta milik SRC International. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Seperti dijangka, perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, bukan sahaja mendapat liputan media bahkan turut dipenuhi dengan kehadiran penyokong-penyokong bekas Perdana Menteri itu.
Antara yang mencuri perhatian adalah sekumpulan wanita Melayu berbaju merah biru yang berkumpul di Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta di sini dengan melaungkan perkataan “Bossku” dan “I Love You”.
Ketika dihampiri media, mereka memperkenalkan diri sebagai “orang Pekan”, dan percaya bahawa Ahli Parlimen Pekan itu tidak bersalah.
BACA: LAPOR LANGSUNG PERBICARAAN KES SRC NAJIB
Terdahulu, Najib tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kira-kira jam 1.52 tengah hari bagi menghadiri perbicaraan kes tujuh pertuduhan RM42 juta milik SRC International.
Perbicaraan kes berprofil tinggi itu akan dijalankan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang dijadualkan pada jam 2.30 petang.
Setakat ini, prosiding perbicaraan sedang berlangsung di kamar Mahkamah Tinggi 3.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami