KUALA LUMPUR: Bekas Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak berbohong semasa memberi keterangan dalam kes dihadapi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, sebaliknya berasa takut akan dituduh di mahkamah untuk kes lain.
Abdul Hannaan Khairy, 29, berkata keterangannya bahawa Ahli Parlimen Muar itu memintanya supaya undur tarikh sebut harga dan resit berjumlah RM250,000 berhubung cenderahati Armada, adalah benar namun tidak mengingati tarikh itu.
"Saya tidak berbohong tetapi saya takut dituduh di mahkamah," katanya semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes Syed Saddiq yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah serta pengubahan wang haram.
Saksi pendakwaan ke-10 itu berkata beliau tidak akan meminta Muhammad Naqib Ab Rahim, yang ketika itu ahli Bersatu untuk undur tarikh pada kedua-dua dokumen berkenaan sekiranya Syed Saddiq tidak memintanya berbuat demikian.
Terdahulu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq, saksi itu mengakui beliau berasa takut ketika memberi keterangan di mahkamah hari ini.
Gobind: Kenapa kamu takut?, ada pihak SPRM tanya kamu berkenaan kes lain?
Abdul Hannaan: Ya.
Gobind: Kamu takut dituduh untuk kes-kes lain?, dan saksi menjawab, Ya.
Gobind: Kamu rela memberi keterangan (di mahkamah) sebagai balasan kamu tidak dituduh atas kes lain?.
Abdul Hannaan: Yang Arif, saya ingin pergi ke tandas.
Selepas mendengar permintaan saksi itu, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid memohon supaya beliau menjawab soalan peguam terlebih dahulu dan Abdul Hannaan kemudian menjawab, Ya.
Sementara itu, Abdul Hannaan yang juga Ketua Editor Serius Kool Media Sdn Bhd berkata beliau telah ditangkap oleh SPRM pada 4 Jun 2020 selepas menerima panggilan telefon daripada Muhammad Saufi Yusof supaya menjemputnya pulang dari Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
"Saya bertolak dari Southville City dalam pukul 11 malam untuk menjemputnya (Muhammad Saufi) dan sampai di sana (SPRM Putrajaya) kira-kira 12 tengah malam. Ketika sampai di lobi SPRM, saya tidak dapat menghubunginya dan tunggu Saufi keluar. Ketika saya menunggu beliau di dalam kereta, secara tiba-tiba ada dua atau tiga orang SPRM berlari ke arah saya dan meminta saya keluar dari kereta," katanya.
Disoal Gobind mengapa pihak SPRM menangkapnya, saksi menjawab: "Berhubung kehilangan wang RM250,000".
Menurut Abdul Hannaan, beliau turut disoal siasat berhubung kereta berjenama Volkswagen Passat yang dibelinya pada awal 2020 dan risau tindakan akan diambil oleh SPRM berhubung pembelian kereta tersebut.
Jelas saksi, kereta itu dipulangkan semula kepadanya selepas setahun disita oleh pihak SPRM.
Dalam pada itu, saksi berkenaan berkata beliau juga kecewa dengan layanan yang diberikan oleh pegawai SPRM semasa menyoal siasat isterinya termasuk mengherdik wanita itu dengan kata-kata kesat dan satu laporan polis telah dibuat sebagai perlindungan diri daripada diancam oleh pihak luar.
Mengikut pertuduhan pertama, Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada, Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta telah melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang tersebut di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Perbicaraan di hadapan Azhar bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 04 2022
Syed Saddiq hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan kes yang dihadapinya iaitu empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dana Armada berjumlah RM1 juta dan pengubahan wang haram. - Foto BERNAMA
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Pengurusan kes rayuan Syed Saddiq ditetapkan 14 Mei
Peguam Syed Saddiq, Datuk Hisyam Teh Poh Teik ketika dihubungi mengesahkan penetapan tarikh pengurusan kes tersebut.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Rakyat label 2024 sebagai “Tahun Mahal Dah Ni” - Syed Saddiq
Syed Saddiq meminta kerajaan jujur dan ikhlas dalam memberi penerangan terhadap pengenalan dan kenaikan cukai yang dilaksana dalam negara.
Naikkan gaji penjawat awam, hapuskan pencen menteri, wakil rakyat
Politik berubah tetapi penjawat awam kekal, tegas Syed Saddiq.
Syed Saddiq lantik peguam baharu untuk rayuan terhadap sabitan, hukuman
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melantik peguam baharu bagi mewakili beliau dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan.
Penurunan had umur belia percepat kematangan mereka - Pakar
Hampir empat tahun diluluskan oleh Parlimen, akhirnya kerajaan mengumumkan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019.
Syed Saddiq kosongkan jawatan Presiden MUDA
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan mengosongkan jawatan presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati beliau bersalah.
Syed Saddiq fail notis rayuan, kurang 5 jam selepas dijatuhi hukuman
Pihak pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memfailkan notis rayuan di Mahkamah Tinggi pada jam 3 petang, Khamis.
Kronologi kes Syed Saddiq berhubung dana Armada
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi hari ini.
Syed Saddiq wakil rakyat pertama dihukum sebat
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi wakil rakyat pertama dikenakan hukuman sebatan bagi kesalahan jenayah kolar putih.