KUALA LUMPUR: Polis menemukan petunjuk baharu dalam memburu dua lagi lelaki bersenjatakan parang yang melarikan diri selepas dua rakan mereka ditembak mati di Taman Supreme, Cheras, di sini, semalam.
Tanpa mendedahkan butiran lanjut petunjuk itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata polis turut menubuhkan pasukan bagi mengesan kedua-dua warga asing itu, yang disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah di kawasan berkenaan.
"Setakat ini kami telah ada petunjuk baharu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.
Awal pagi semalam, polis menembak mati dua lelaki berusia lingkungan 30-an disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah di kawasan perumahan terbabit selepas mereka cuba menyerang polis menggunakan parang manakala dua lagi melarikan diri menggunakan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran palsu.
Sementara itu, beliau berkata polis menahan dua lelaki dan dua wanita tempatan berusia lingkungan 21 hingga 23 tahun disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan e-belian dan tawaran kerja menerusi pusat panggilan dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Bintang di sini semalam.
Menurut Mohd Shuhaily serbuan pada 2 petang itu turut merampas empat komputer riba dan 15 telefon bimbit daripada sindiket yang menyasarkan mangsa warga Australia dan beroperasi sejak Mac lepas.
"Kesemua mereka disyaki berperanan sebagai operator untuk mendapatkan mangsa-mangsa menggunakan Facebook.
"Modus operandi sindiket ini ialah menipu warga Australia dengan menawarkan perkhidmatan pembelian sesuatu produk. Apabila mereka ditawarkan dengan sesuatu produk, lagi tinggi mereka melabur, lagi banyak imbuhan diperoleh," katanya.
Beliau berkata mereka melabur antara AUS$100 hingga AUS$1,000 untuk mendapat jumlah pulangan imbuhan yang tinggi.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585 atau balai polis berhampiran.
Terdahulu, Mohd Shuhaily menyaksikan serah terima tugas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur antara Ketua Cawangan Khas yang juga pemangku Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Abu Samah Mohd Noor dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Habibi Majinji di IPK Kuala Lumpur di sini hari ini.
Habibi dilantik pemangku Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur menggantikan Abu Samah yang dilantik Timbalan Ketua Polis Kedah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 09 2023

Awal pagi semalam, polis menembak mati dua lelaki disyaki terlibat dalam kegiatan pecah rumah selepas mereka cuba menyerang polis menggunakan parang. - Gambar fail/ Sinar Harian

Melaka laksana penggunaan satu pas, satu harga lawat muzium
Perbadanan Muzium Melaka laksana penggunaan pas masuk secara berpakej untuk melawat muzium di bawah kendalian agensi itu pada satu bayaran.

Hantaran Taylor Swift di Instagram pecah rekod pendaftaran undi
Penyanyi "Only the Young" itu menyertai Hari Pendaftaran Pengundi Kebangsaan pada Selasa dengan menggesa peminatnya memastikan mereka layak mengundi pada pilihan raya presiden 2024.

Murid ditampar: Polis akan rakam keterangan guru, beberapa individu
Polis akan merakam keterangan seorang guru dan beberapa individu lain bagi siasatan lanjut berkaitan dakwaan seorang murid yang ditampar.

Memahami Alzheimer dan diagnosis awal
Hari Alzheimer Sedunia pada 21 Sept setiap tahun memberi peluang kepada orang ramai memahami penyakit Alzheimer dengan lebih mendalam.

Asia Tenggara muncul sebagai rantau perpaduan dan kerjasama - PM Vietnam
Vietnam komited bekerjasama dengan negara di rantau ini untuk menjaga keamanan, keselamatan dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS
Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.
Saingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan seorang calon Bebas.

Biden umum penubuhan pejabat cegah keganasan senjata api
Pejabat baharu itu diwujudkan melalui perintah eksekutif yang bertujuan mempercepat pelaksanaan Bipartisan Safer Communities Act.
Tapak pengkebumian berusia 800 tahun ditemui di Peru
Penemuan itu ditemui sewaktu pekerja dari syarikat gas Calidda sedang melakukan penggallian di Carabayllo.
PM Anwar sampaikan khutbah Jumaat di ICCNY New York
Anwar yang berada di sini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, adalah pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah di pusat itu, yang merupakan masjid pertama dibuka di bandar raya New York.

Wanita antara tiga ditahan disyaki terlibat pecah rumah
Kesemua suspek yang berusia antara 29 hingga 43 tahun ditahan pada 2 petang di Plaza Tol Sungai Buloh.

Bekas pemain bola sepak didakwa pecah rumah, miliki harta curi
Seorang bekas pemain bola sepak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pontian, di sini, pada Ahad, atas tiga pertuduhan pecah rumah dan menyimpan harta curi, pada Jun lalu dan awal bulan ini.

Lelaki ada 15 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah
Lelaki tempatan berumur 30-an itu ditahan di sekitar Kluang kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Kes pecah rumah: Reman bekas pemain bola sepak, rakan disambung 7 hari
Bekas pemain bola dan rakannya yang ditahan polis selepas disyaki terbabit kes pecah rumah pada minggu lalu, disambung reman selama tujuh hari lagi.

Bekas pemain bola sepak Liga Super ditahan terlibat kes samun
Seorang bekas pemain bola sepak yang dipercayai pernah beraksi untuk beberapa pasukan utama Liga Super ditahan selepas terbabit kes pecah rumah dalam kejadian di Benut di sini pada Isnin lalu.

Kes tembak Cheras: Polis ada petunjuk baharu kesan 2 lagi suspek
Polis menemukan petunjuk baharu dalam memburu dua lagi lelaki bersenjatakan parang yang melarikan diri selepas dua rakan mereka ditembak mati di Taman Supreme, Cheras, di sini, semalam.

Dua penjenayah tak sempat pecah rumah mati ditembak
Empat suspek yang mengesan kehadiran polis kemudian bertindak menyerang anggota dengan bersenjatakan parang.

Rompak warga emas: Dua lelaki mengaku tidak bersalah
Tertuduh didakwa melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan pisau terhadap seorang warga emas di sebuah rumah di Taman Ria, 24 Mei lalu.

Polis selesaikan kes pecah rumah, samun warga emas di Bercham
Ketiga-tiga suspek diburu dalam satu operasi khas selepas tiga kali memecah masuk rumah mangsa pada 2,11 dan 24 Mei lalu.

Geng Mizan tumpas, aktif terlibat kes pecah rumah sekitar Kedah
Kerakusan Geng Mizan yang aktif melakukan kegiatan pecah rumah dan premis sejak enam bulan lalu berakhir dengan penahanan anggota geng itu.