awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tertukar bayi: 'Saya mahu pembuktian melalui ujian DNA' - bapa bayi

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
08/01/2016
10:31 MYT
Kes tertukar bayi: 'Saya mahu pembuktian melalui ujian DNA' - bapa bayi
Bapa kepada bayi berkenaan, Nik Ahmad Sabri Mohamad Yusoff berkata ujian DNA merupakan langkah terbaik biarpun terpaksa menunggu 12 hari bagi mendapatkan keputusan. - Gambar Astro AWANI
Pasangan yang tertukar bayi susulan kecuaian sebuah pusat perubatan di sini, memaklumkan masih menunggu keputusan ujian DNA bagi mengesahkan identiti anak mereka.
Pusat perubatan itu turut memaklumkan akan bertanggungjawab bagi segala urusan sepanjang tempoh menunggu ujian pengesahan berkenaan.
Bapa kepada bayi berkenaan, Nik Ahmad Sabri Mohamad Yusoff berkata ujian DNA merupakan langkah terbaik biarpun terpaksa menunggu 12 hari bagi mendapatkan keputusan.
"Saya memang dah dapat kembali anak saya, tetapi saya hanya mahu pembuktian melalui ujian DNA. BACA: Jabatan Kesihatan Negeri diarah siasat kes bayi bertukar - Exco
BACA: Ibu bapa terkilan, dakwa bayi tertukar di pusat rawatan Jitra
"Bagi saya ini penting bagi mengelak sebarang masalah perundangan terutamanya dalam hal tuntutan anak di masa akan datang," katanya kepada Astro Awani di sini hari ini.
Nik Ahmad pada masa sama belum memberi nama kepada bayinya dan turut berharap pihak Jabatan Pendaftaran Negara dapat memberikan kelonggaran kepadanya untuk mendaftarkan kelahiran selagi belum menerima keputusan ujian DNA.
Sementara itu, laporan Astro AWANI berhubung kes bayi tertukar pada Januari 7 tidak merujuk kejadian sebagai berlaku di mana-mana pusat rawatan swasta tertentu di negeri itu. Tajuk berita (yang telah diperkemas) sebagaimana yang dipaparkan hanya menyebut kekeliruan hanya berlaku di sebuah pusat perubatan di Kedah.
Topic Berkaitan
#bayi
#DNA
#nik ahmad sabri mohamad yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan