awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tikam pelajar: Suspek dibenarkan jalani pemeriksaan mental

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
22/10/2025
07:40 MYT
Kes tikam pelajar: Suspek dibenarkan jalani pemeriksaan mental
Mahkamah Majistret di sini pada Rabu membenarkan seorang pelajar lelaki tingkatan dituduh membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun. - Gambar fail/Sinar Harian
PETALING JAYA : Mahkamah Majistret di sini pada Rabu membenarkan seorang pelajar lelaki tingkatan satu dituduh membunuh seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak.
Keputusan itu dibuat oleh Majistret Amira Sariaty Zainal selepas peguam Kitson Foong, yang bertindak sebagai 'amicus curiae' atau sahabat mahkamah, memohon supaya remaja berusia 14 tahun itu dirujuk kepada pakar psikiatri untuk penilaian lanjut.
Menurut Kitson, permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah, yang memperuntukkan prosedur bagi tertuduh yang disyaki tidak sempurna akal untuk dinilai sebelum siasatan atau perbicaraan dijalankan.
Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan tertuduh menerima rawatan sewajarnya dan tidak berisiko mencederakan diri sendiri.
“Pemeriksaan psikiatri perlu dilakukan bagi menentukan sama ada dia mampu membuat pengakuan dan memahami pertuduhan yang dihadapi.
"Paling penting, penilaian ini dapat membantu mengenal pasti keadaan fikirannya ketika kejadian berlaku,” katanya.
Tambahnya, ketika pertuduhan dibacakan, remaja berkenaan kelihatan tenang namun banyak mendiamkan diri. Oleh kerana tertuduh masih bawah umur, ibu bapanya turut menemaninya sepanjang prosiding di luar kandang tertuduh.
Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa membunuh seorang pelajar tingkatan tiga (kelas peralihan) di bilik tandas nombor dua sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya antara jam 9.20 hingga 9.35 pagi pada 14 Oktober lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Topic Berkaitan
#kes tikam pelajar
#pelajar lelaki
#bunuh
#pemeriksaan mental
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan