awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kelantan hargai arahan Perdana Menteri percepat penggantian titi gantung Lata Rek
'Green lab' bakal disediakan di sekolah rendah di Alor Gajah
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin

Faida Rahim
Faida Rahim
23/01/2025
04:50 MYT
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Amirudin (foto) menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit. -Astro AWANI
BATANG KALI: Kerajaan Selangor menanggung kerugian tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan susulan kes pertindihan pindah milik tanah.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Selangor menanggung kerugian tinggi akibat kes pertindihan pindah milik tanah, menyebabkan pembayaran ganti rugi kepada pihak terbabit.
  • Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, menyatakan bahawa isu ini mungkin hanya sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar, dan kerajaan negeri perlu memberi perhatian terperinci.
  • 17 individu, termasuk tujuh penjawat awam, telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah melibatkan tanah seluas 9.4 hektar bernilai RM7.1 juta.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan pertindihan ini menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar ganti rugi kepada pihak terbabit.
“Untuk berapa tahun Kerajaan Negeri menanggung rugi yang agak tinggi kerana berlaku pertindihan tanah seperti ini dan pertindihan menyebabkan kerajaan negeri terpaksa menggantikan tanah dan juga membayar ganti rugi kepada yang terbabit kerana sebahagian tanah itu diurus niaga,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan SHP Batang Kali pada Khamis.
Tambahnya, ia dipercayai membabitkan isu yang lebih besar di mana Kerajaan negeri perlu memberi perhatian terperinci.
“Saya percaya ini tip of iceberg. Kita boleh mencari lagi ruang yang boleh diperbaiki dan kesalahan yang boleh kita kenal pasti.
“Saya dimaklumkan ada pihak yang mengambil kesempatan in between (di antara) sewaktu data tanah dipindahkan daripada sistem kita kepada sistem e-tanah yang disiapkan oleh Kerajaan Persekutuan.
"Ini yang dikesan di Klang. Jadi kita semak semula tentang pengemas kini data,” katanya.
Terdahulu, 17 individu termasuk tujuh penjawat awam yang merupakan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang di Selangor ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah melibatkan tanah seluas 9.4 hektar bernilai RM7.1 juta.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#kes pertindihan pindah milik tanah
#Pejabat Daerah dan Tanah
#PDT Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan