MALAYSIA
Kes warga asing cedera di parkir, HKL serah rakaman CCTV kepada polis

Seorang warga asing ditemukan cedera parah di kawasan parkir bertingkat Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 30 Jun, dan rakaman CCTV telah diserahkan kepada polis untuk siasatan. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kepada polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang warga asing ditemukan cedera parah di kawasan parkir bertingkat hospital itu, Ahad lepas.
Ringkasan AI
- Seorang warga asing ditemukan cedera parah di kawasan parkir bertingkat Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 30 Jun, dan rakaman CCTV telah diserahkan kepada polis untuk siasatan.
- Mangsa mengalami luka di kepala dan patah tulang rusuk kanan, namun tiada keretakan pada tempurung kepala; kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
- Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat untuk menghubungi pegawai penyiasat yang terlibat bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, tular video berdurasi 41 saat menunjukkan seorang lelaki warga asing berdiri di sebelah kereta dan mengalami kecederaan di kepala di kawasan parkir bertingkat hospital itu.
Lelaki itu kemudiannya rebah sebelum diberi rawatan awal oleh paramedik.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman menerusi kenyataan mengesahkan pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami luka pada kepala dan patah tulang rusuk kanan namun tiada keretakan pada tempurung kepala.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata dan polis meminta orang awam mempunyai maklumat menghubungi Insp Pang Wei Keong menerusi 013-2082391 atau DSP Rosdi M Husin 013-3920694.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami