LAHAD DATU: Polis akan mengambil tindakan terhadap beberapa lagi individu yang dikaitkan dengan penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam senjata api di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak polis telah mengenal pasti beberapa nama untuk tindakan mereka.
"Kita berjaya menemukan semua senjata yang beliau miliki dan tinggal sekarang polis buat pengumuman penangkapan beberapa lagi yang terlibat... akan ada lagi pemantauan pihak polis setelah hasil soal siasat itu mendapati ada lagi individu yang disyaki terlibat.
"Jadi pada peringkat sekarang, kita serah kepada kebijaksanaan pasukan polis untuk buktikan betul atau tidak kedatangan lelaki itu seperti yang disebut atau yang lain, semua dalam rangka soal siasat," katanya kepada pemberita selepas majlis penerapan nilai-nilai murni dan ihya Ramadan sempena ulang tahun ke-11 Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) di sini hari ini.
Semalam, dilaporkan seorang lelaki warga Israel berumur 36 tahun ditahan polis bersama enam pucuk pistol dan 200 peluru hidup di sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur pada Rabu lepas.
Dalam pada itu, Saifuddin Nasution berkata keamanan, ketenteraman awam dan keselamatan rakyat di negara ini adalah terjaga.
"Beri ruang pada polis, ini kerja polis, buat masa sekarang semua pihak, termasuk jelata elak buat alasan dan spekulasi, saya yakin dengan kemajuan siasatan polis kerana tangkapan warga Israel ini yang gunakan pasport perjalanan Perancis berjaya dikesan dengan senjata dalam tempoh 48 jam," katanya.
Beliau juga berkata ESSCOM, yang kini melangkah ke tahun yang ke-11, memiliki rekod gilang- gemilang kerana berjaya mengekang jenayah penculikan untuk wang tebusan dan kes itu sudah tidak berlaku sejak 2020.
"Ancaman keselamatan itu di Sabah jauh berkurangan dengan adanya ESSCOM, semua statistik menunjukkan pantai timur Sabah berpotensi sebagai destinasi pelancongan menarik.
"Beberapa bulan lepas, saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Sempadan dan, pihak Tourism Malaysia telah membuat pembentangan bagaimana kedatangan pelancong pada trend yang meningkat," katanya.
Saifuddin Nasution berkata perkara itu dibantu oleh perubahan strategi dari segi koordinasi selain mengkategorikan kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESS ZONE) sebagai bukan kawasan perintah berkurung sebaliknya perintah kawalan pergerakan.
Pada majlis itu, beliau menyerahkan bantuan bakul makanan serta duit raya kepada 25 orang kurang upaya dan 19 anak yatim, yang merupakan anak petugas pasukan keselamatan di Lahad Datu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihak polis telah mengenal pasti beberapa nama untuk tindakan mereka. - Gambar fail
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Lelaki Israel miliki senjata api, 200 peluru didakwa esok
Seorang lelaki warga Israel yang ditahan di ibu negara kerana memiliki enam pistol dan 200 peluru pada 27 Mac lalu akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, di sini pada Jumaat.
Empat individu disyaki ada kaitan dengan lelaki Israel, ditahan - KPN
Polis menahan empat lagi individu termasuk dua wanita, yang disyaki ada kaitan dengan penahanan seorang lelaki Israel pada minggu lepas.
Persaingan kumpulan mafia mungkin hanya alasan, motif sebenar lelaki Israel masih disiasat
Usaha PDRM ketika ini adalah menentukan motif sebenar saspek, selain memburu lebih daripada dua lagi individu lain bagi membantu siasatan
Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas
Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada Jumaat.