awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes Yazid Sufaat disebut hari ini

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2013
23:02 MYT
Kes Yazid Sufaat disebut hari ini
Kes bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat yang didakwa menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria akan disebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Turut disebut ialah kes membabitkan seorang lagi tertuduh Halimah Hussein.
Peguam Fadiah Nadwa Fikri yang mewakili Yazid sebelum ini memberitahu kedua-dua kes itu akan disebut di hadapan hakim Kamardin Hashim.
Pada 8 Februari lepas, Yazid, 49, dan rakannya Halimah, 52, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dan tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.
Yazid, pengusaha kafeteria didakwa menggalakkan perlakuan perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan suatu tujuan ideologi dan perbuatan itu boleh dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ampang pada 1 Ogos hingga 20 Oktober 2012.
Yazid menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 130g(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Halimah, yang didakwa bersubahat turut menghadapi pertuduhan yang sama.
Topic Berkaitan
#ISA
#Yazid Sufaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan