KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata tidak dapat mengulas lanjut mengenai surat mengatakan Ahli Parlimen BN menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Saya dihubungi oleh pelbagai pihak dan media untuk mengesahkan surat tidak berlogo dan bernama yang tersebar sejak semalam berkaitan dengan Ahli-ahli Parlimen BN.
"Saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara ini memandangkan kesahihan surat tersebut tidak dapat disahkan dan tiada pihak yang tampil untuk mengaku bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Malah katanya, tiada pihak tampil bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berkenaan.
Mengulas lanjut, Zambry berkata, Pejabat Setiausaha Agung BN hanya bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan rasmi yang diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dan persetujuan bersama di kalangan pimpinan utama BN.
"Amalan kesatuan dan perpaduan di kalangan Ahli-Ahli parlimen BN dalam menentukan sebarang keputusan bersama tetap terpelihara," tambahnya.
Justeru tegas beliau, sebarang langkah dan tindakan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu bagi tujuan menimbulkan keraguan dan perpecahan di kalangan BN amat dikesali.
Astro Awani
Fri Jul 09 2021
Zambry berkata, tiada pihak tampil bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berkenaan. - Gambar fail
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Masih ramai belum tebus baucar buku, tarikh akhir 31 Dis - Zambry
Hanya kira-kira 235,000 daripada lebih 1 juta pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara telah menebus inisiatif baucar buku bernilai RM100 bagi fasa kedua.
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
KPT serah kepada polis siasat kes pelajar IPT ditahan bersama ganja
Zambry berkata pihak polis akan mengambil langkah mengikut undang-undang terhadap pelajar IPT berkenaan sekiranya dipercayai terlibat dalam jenayah itu.
Universiti perlu ekosistem seimbang sebagai penanda aras, bukan hanya ranking - Zambry
Setiap universiti perlu memastikan keseimbangan ekosistem secara keseluruhan sebagai penanda aras dan bukan hanya menjadikan pencapaian ranking (kedudukan) sebagai matlamat terpenting.
KPT teliti garis panduan untuk semak semula Akta 605
Kementerian Pendidikan Tinggi akan meneliti garis panduan untuk menyemak semula Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2020 (Akta 605).
Pengurniaan profesor diraja jadi pemangkin, inspirasi kepada ahli akademik - Zambry
Pengurniaan bersejarah gelaran profesor diraja kepada Pengasas ISTAC Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas akan menjadi pemangkin dan inspirasi kepada ahli akademik.
Kerajaan tak sokong tindakan kekang kebebasan bersuara ahli akademik - Zambry
Kebebasan bersuara golongan ahli akademik tetap akan dipertahankan selagi ia berasaskan kepada fakta yang tepat, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Sasaran 250,000 pelajar antarabangsa turut melibatkan IPTS - Zambry
Sasaran kemasukan kira-kira 250,000 pelajar antarabangsa tidak hanya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT) awam tetapi juga IPT swasta yang memenuhi piawaian.
12 resolusi MPSM akan dikemukakan kepada PM - Zambry
Sebanyak 12 resolusi yang dicadangkan oleh MPSM bagi menambah baik kualiti sistem pengajaran di sekolah akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dipertimbangkan.