Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang masih mempunyai kesan dakwat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di jari mereka, tidak terjejas hak untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu 4 Ogos depan.
Menegaskan demikian hari ini, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood berkata pengundi tidak perlu bimbang kerana SPR telah mengambil langkah sewajarnya berkaitan perkara itu termasuk akan mengadakan taklimat dengan semua petugas pilihan raya.
Menurut beliau, dalam proses pilihan raya setiap pengundi akan diperiksa jari mereka untuk memastikan ia bebas daripada sebarang tanda dakwat sebelum diberikan kertas undi.
"Namun begitu, SPR sedar bahawa berikutan proses PRU14 yang lalu, terdapat sesetengah pengundi yang sehingga kini masih mempunyai kesan dakwat di jari atau kuku mereka.
"Oleh itu, bagi proses pengundian di PRK DUN Sungai Kandis ini, sekiranya dibuktikan bahawa kesan dakwat itu adalah bekas kesan lama yang digunakan pada PRU14 dan bukan kesan dakwat yang baharu, maka petugas pilihan raya akan membenarkan pengundi terbabit mengundi.
"Ini selagi nama mereka dalam senarai daftar pemilih belum dibuat penandaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
DUN Sungai Kandis mempunyai 51,230 orang pemilih berdaftar yang terdiri daripada 51,217 orang pengundi biasa dan 13 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
Dalam pada itu, Othman berkata proses pengundian pada PRK ini akan dihadiri dan disaksikan oleh wakil-wakil calon yang bertanding.
Selain itu juga, beliau berkata, pemerhati-pemerhati pilihan raya terdiri daripada beberapa organisasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR akan turut menyaksikan proses berkenaan.
"SPR berharap para pengundi di DUN Sungai Kandis ini dapat menjalankan tanggungjawab mengundi pada hari mengundi dengan selesa tanpa merasa bimbang," katanya.
PRK DUN Sungai Kandis merupakan PRK pertama diadakan selepas PRU14 berikutan kematian penyandang kerusi tersebut, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas akibat kanser limfoma.
PRK itu bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni, calon BN Datuk Lokman Noor Adam, dan calon Bebas K. Murthy.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 25 2018
Petugas SPR mengetahui tanda dakwat dari PRU yang lalu, dan semakan dari daftar poengundi juga akan dibuat. - Gambar hiasan/Bernama
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Kesan dakwat PRU14 tak jejas hak pengundi DUN Sungai Kandis - SPR
Pengundi di DUN Sungai Kandis yang masih mempunyai kesan dakwat PRU14 di jari mereka, tidak terjejas hak untuk mengundi pada PRK kawasan berkenaan.