ARAU: Keselamatan dan kerahsiaan maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah terjamin daripada kebocoran hingga kini, yang diselenggara sepenuhnya oleh agensi Jabatan Digital Negara (JDN) iaitu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini, PADU melalui Pasukan Tindak Balas Insiden Keselamatan Siber Sektor Awam (CSIRT) bersiap siaga mengendalikan melalui prosedur yang ditetapkan.
"Saya menyeru semua mengambil peluang untuk membuat pengemaskinian PADU dan tidak menunggu saat akhir. Maklumat PADU ini akan membantu kerajaan membuat perancangan program masa hadapan," katanya dalam kenyataan media pada lawatannya ke kaunter PADU di Masjid Al Masyhoor Padang Siding di sini semalam.
Sementara itu, Mohd Uzir memaklumkan secara kumulatif sebanyak 1,006 kaunter fizikal PADU telah dibuka di Perlis termasuk program bersama komuniti serta Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dari 2 Januari lepas hingga semalam.
"Selain itu, ada juga pembukaan kaunter bergerak di 101 masjid di negeri ini terutamanya pada setiap Jumaat," katanya yang turut memberitahu pendaftaran PADU di Perlis meningkat kepada 0.08 juta orang setakat Jumaat..
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024
MOHD UZIR: Saya menyeru semua mengambil peluang untuk membuat pengemaskinian PADU dan tidak menunggu saat akhir. - Gambar fail
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Keselamatan, kerahsiaan maklumat PADU terjamin daripada kebocoran
Jika berlaku perkara tidak diingini, PADU melalui pasukan CSIRT bersiap siaga mengendalikan melalui prosedur yang ditetapkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jabatan, agensi kerajaan perlu labur dalam sistem keselamatan siber terkini
Langkah itu akan melibatkan peruntukan yang besar namun ia perlu bagi meningkatkan tahap keselamatan IT (teknologi maklumat) organisasi berkenaan.
JPN sahkan tidak berlaku kebocoran data maklumat - Hamzah
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada sebarang kebocoran maklumat dalam pangkalan data peribadi MyIdentiti, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Polis buru individu sebar maklumat 12 pegawai penguat kuasa yang ditahan
Langkah itu susulan pihaknya telah mengesan maklumat sulit itu disebarkan melalui aplikasi WhatsApp.
Rakaman audio: Latheefa dijangka beri keterangan Khamis
SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata Latheefa dipanggil untuk memberi keterangan berhubung rakaman audio yang didedahkan SPRM.
Isu antipersaingan, monopoli keuntungan: Facebook, Google ditekan siasatan pihak berkuasa
Dituduh mengawal aliran maklumat untuk memonopoli keuntungan pengiklanan dan menafikan potensi pesaing dalam pelbagai bidang.
PFAM selar tindakan individu tular gaji pemain Kedah
Setiausaha PFAM Ahmad Fauzi Saari berkata isu berkaitan gaji merupakan perkara yang amat sensitif dan kebocoran maklumat itu adalah pencabulan privasi terhadap pemain.
Pasukan khas siasat bocor maklumat akan ditubuhkan - KPN
Satu pasukan khas akan ditubuhkan bagi menyiasat kebocoran maklumat dan perincian penyiasatan kes kebakaran pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Kebocoran maklumat siasatan, 13 anggota PDRM disiasat
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan yang antara lain melibatkan rakaman percakapan, telah dimulakan sejak semalam.