Skip to main content

Malaysia

Keselamatan sekolah perlu pendekatan strategik, komitmen semua pihak - Fadhlina

Program Mutiara Diri yang saya hadiri bersama-sama dengan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun pada hari ini bukan sekadar program biasa, ia adalah pendekatan advokasi yang sangat signifikan dalam mendepani isu keselamatan anak-anak di sekolah.
Fadhlina berkata garis panduan keselamatan dan dasar perlindungan kanak-kanak perlu dijadikan panduan dan dipatuhi sepenuhnya di semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan. - Gambar Facebook Fadhlina Sidek
Advertisement

KUALA LUMPUR: Isu keselamatan sekolah yang semakin kompleks memerlukan pendekatan strategik dan komitmen menyeluruh semua pihak bagi mewujudkan ekosistem persekolahan yang selamat.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata keutamaan ketika ini ialah membina keyakinan masyarakat bahawa setiap murid sentiasa dilindungi dalam ekosistem sekolah yang selamat, sambil menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang perkara yang mengganggu-gugat keselamatan fizikal mahupun emosi anak-anak.

Beliau berkata garis panduan keselamatan dan dasar perlindungan kanak-kanak perlu dijadikan panduan dan dipatuhi sepenuhnya di semua institusi di bawah Kementerian Pendidikan.

Pada masa sama, Fadhlina berkata tumpuan perlu turut diberikan kepada usaha menangani isu kesihatan mental.

“Seruan saya kepada ibu bapa dan warga pendidik yang hadir pada Program Mutiara Diri hari ini adalah untuk kita bersama-sama meningkatkan sinergi bagi mewujudkan ekosistem sekolah yang selamat untuk semua.

“Anak-anak berhak untuk berada dalam persekitaran yang selamat, bermaruah dan sejahtera,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau berkata program itu, yang turut dihadiri Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, bukan sekadar program biasa sebaliknya adalah pendekatan advokasi yang signifikan dalam mendepani isu keselamatan murid di sekolah.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement