PADANG BESAR:Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang berusaha meningkatkan keselamatan siber secara berfasa untuk membendung kegiatan penggodam, penipu dan pencuri data peribadi.
Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata ini kerana kes penipuan siber dan jenayah komersial yang direkodkan di seluruh negara dilihat amat membimbangkan kerana ia bukan hanya melibatkan golongan kanak-kanak dan belia tetapi juga golongan berjawatan tinggi, profesional dan berpendidikan tinggi.
Beliau berkata menurut sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 9,215 kes jenayah komersial direkodkan di seluruh negara membabitkan nilai kerugian mencecah RM717.2 juta bagi tempoh Januari hingga April.
"Jumlah penipuan siber yang diterima oleh CyberSecurity Malaysia untuk tempoh Januari hingga Ogos pula mencatatkan sebanyak 5,697 insiden berbanding 4,671 insiden pada tempoh sama tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 22 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup dan penyampaian sijil Seminar Keibubapaan Siber: Ke Arah Fasih Digital di Institut Kemahiran Mara (IKM) dekat sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Datuk Dr Amiruddin Wahab.
Zahidi berkata Hasil Kajian Garis Asas Kesedaran Keselamatan Siber terhadap penggunaan teknologi dan Internet menunjukkan bahawa 50 peratus pelajar sekolah menengah berinteraksi melalui laman media sosial tanpa pemantauan ibu bapa manakala satu daripada empat pelajar menghadapi masalah penyisihan, ugutan dan gangguan dalam talian.
Katanya, berdasarkan sumber Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pula menyatakan 94 peratus kanak-kanak terdedah kepada pornografi dalam talian.
"Ini sangat membimbangkan kerana anak-anak kita walaupun duduk di rumah dengan pintu berkunci dan diawasi di depan mata, namun realitinya mereka sedang menjelajah dunia melalui peranti yang mempunyai akses dalam talian tanpa kita sedari.
"Anak-anak kita yang masih belum matang boleh secara tidak sengaja mendedahkan data-data peribadi yang boleh mengundang kepada berlakunya jenayah siber," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 03 2020

KKMM sedang berusaha meningkatkan keselamatan siber secara berfasa untuk membendung kegiatan penggodam, penipu dan pencuri data peribadi. - Gambar fail/REUTERS

Pasca banjir | Kerajaan Johor pohon peruntukan RM48 juta
Kerajaan Johor memohon peruntukan RM48 juta daripada kerajaan persekutuan bagi membaiki infrastruktur yang rosak di enam daerah akibat banjir. Exco kerja Raya Pengangkutan Dan Infrastruktur negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata,peruntukan itu untuk membaiki jalan, cerun bukit dan jambatan yang rosak

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Januari 2021.

Pemimpin parti dalam Majlis Presiden PN puas hati penjelasan mengenai Ordinan Darurat - PM
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula Februari depan

PKP - Tidak ada sebut tentang pkp penuh - EuroCham
Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah Malaysia (EuroCham Malaysia) menafikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ada sebut tentang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh pada Februari, jika jumlah kes jangkitan COVID-19 gagal diturunkan. Dalam satu kenyataan, eurocham memaklumkan surat berkenaan merupakan pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua anggota untuk menyampaikan intipati perbincangan tidak rasmi dengan MITI.

AWANI Ringkas: Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM | Tidak ada sebut tentang PKP penuh - EuroCham
![[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia [INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/42602381571611500103371/1887057_8967789641611500411313_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] PdPR datang mendadak kita belum bersedia
![[INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir? [INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/39668803231611500103354/1887056_8967789641611500286089_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Populariti Muhyiddin berakhir?
![[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/35311973791611500103355/1887055_8967789641611500226468_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster Baharu (23 Januari 2021)

Agenda AWANI: Pakej PERMAI bantu rakyat dan perniagaan
Temu bual @najibaroff bersama Johan Mahmood Merican, Pengarah Belanjawan Negara @MoF mengenai pakej #PERMAI dalam #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di saluran 501 dan astroawani.com

KKMM siasat ciapan 'tidak senonoh' di Twitter MCMC
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab, sama ada masih di MCMC atau tidak.

MKN nafi setuju pelaksanaan PKP
MKN menafikan kesahihan kenyataan bertulis yang mendakwa mesyuarat MKN bersetuju melaksanakan PKP seperti yang tular di media sosial.

Arahan pengunjung Cameron Highlands jalani ujian pengesanan COVID-19 adalah palsu
JKN Pahang menafikan pihaknya mengeluarkan arahan supaya orang awam yang telah mengunjungi Cameron Highlands menjalani ujian pengesanan COVID-19 seperti yang tular menerusi media sosial.

KKMM fokus percepat penyediaan internet kawasan pedalaman tahun ini - Saifuddin
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan memfokuskan usaha mempercepatkan penyediaan kemudahan capaian internet bagi kawasan 'last mile' atau pedalaman di beberapa kawasan Semenanjung serta S

Jangan pertikai penerima Dana Kandungan Digital Muzik - Azmeer
Sejumlah 48 individu dan syarikat menerima DKD Muzik yang julung kali diwujudkan berjumlah RM5.54 juta, bagi 54 projek industri muzik.

KKMM komited perkasa semula industri kreatif terjejas akibat COVID-19 - Saifuddin
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan sentiasa menyokong segala usaha dan inisiatif memperkasakan semula industri kreatif yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

NGO mampu sampaikan maklumat sahih, bendung penyebaran berita palsu
KKMM boleh menggunakan platform NGO yang meluas untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan sahih.

Dewan Rakyat: Cubaan hapuskan JASA gagal, tetapi dana dipotong kepada RM40.5 juta
Dana untuk JASA atau J-KOM sebelum ini sebanyak RM85.5 juta, kini tinggal RM40.5 juta.

Industri kreatif digital tarik pelaburan RM1.06 bilion dari luar negara
Shakib Ahmad Shakir berkata Malaysia mempunyai bakat untuk memenuhi pasaran industri animasi dan kesan khas yang dianggarkan bernilai RM40.74 bilion.

Jangan lihat J-KOM dari lensa politik lama - Penganalisis
Sara berkata, penubuhan J-KOM tatkala negara berdepan dengan pandemik COVID-19 dilihat sebagai langkah yang baik.