Kementerian Kesihatan (KKM) menolak dakwaan pihak tertentu yang menyatakan ia lewat menangani jangkitan novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).
Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata fasiliti kesihatan dan pasukan bantuan berada pada tahap terbaik, membuktikan kesiapsiagaan kerajaan dalam menghadapi penularan wabak yang bermula di Wuhan, China.
"Kita faham kebimbangan rakyat dan kalau dikatakan KKM lewat bertindak, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) di Sungai Buloh telah bertindak (diaktifkan) seawal 5 Jan... sebelum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersidang," katanya yang menjadi tetamu khas dalam sebuah program berita bagi menerangkan perkembangan terkini jangkitan 2019-nCoV, malam tadi.
Dr Dzulkefly berkata kebimbangan itu tidak wajar kerana KKM mempunyai pengalaman dalam menghadapi krisis kesihatan seperti Virus Nipah, Zika dan H1N1 dan pengalaman tersebut meletakkan keupayaan fasiliti kesihatan negara di tahap terbaik.
"Malahan, barisan hadapan yang mengendalikan kes koronavirus ini menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang lengkap. Ini juga termasuklah 57 hospital yang dikenal pasti sebagai hospital saringan dan daripadanya, 26 bersedia untuk merawat.
"Namun kita tidak mahu selesa walaupun Indeks Keselamatan Kesihatan Global meletakkan Malaysia berada di kedudukan ketiga di Asia - di belakang Thailand dan Korea Selatan daripada segi kesiapsiagaan negara dan keupayaan menangani penyakit berjangkit," katanya.
Mengulas mengenai misi bantuan membawa pulang rakyat Malaysia dari China, Dr Dzulkefly menjelaskan terdapat beberapa protokol keselamatan yang perlu dilalui oleh rakyat Malaysia terlibat apabila mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nanti.
"Terdapat empat fasa protokol yang perlu dilalui iaitu fasa prapelepasan, dalam penerbangan, tiba di KLIA dan selepas dilakukan saringan seperti dihantar ke pusat rawatan yang ditentukan.
"Saringan bagi penumpang-penumpang ini sudah dilakukan oleh pihak China dan hanya melibatkan penumpang yang sihat. Bagi yang tidak sihat, mereka akan ditahan dan dirawat di sana (China)," katanya.
Setakat ini, jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV yang dilaporkan di Malaysia kekal lapan dengan jumlah kumulatif kes pesakit dalam siasatan (PUI) adalah seramai 183 orang dan 18 orang masih menunggu keputusan makmal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 02 2020

Dr Dzulkefly menjelaskan terdapat beberapa protokol keselamatan yang perlu dilalui oleh rakyat Malaysia terlibat apabila mereka tiba di KLIA. - Gambar fail

Pihak berkuasa Filipina pantau peningkatan aktiviti Gunung Berapi Kanlaon
Sebanyak 72 gempa bumi gunung berapi direkodkan antara tengah malam hingga tengah hari Isnin, dengan magnitud antara 0.3 dan 3.1.

Gencatan senjata: India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam
Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu.

ACO perkasa jaringan koperasi ASEAN, pacu sektor ketiga ekonomi serantau
Pada masa ini terdapat 300,000 koperasi di rantau ASEAN dengan keanggotaan 65.7 juta orang, menyumbang 10 peratus kepada KDNK negara.

Malaysia seru kerjasama global lindungi kebajikan pekerja
Sim berkata kebajikan pekerja adalah elemen penting dan tidak boleh diketepikan dalam agenda kerajaan Malaysia.
Tumpuan Selasa – 13 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nissan Motor catat kerugian, lebih 10 ribu pekerjaan dikurangkan
Nissan Motor akan mengurangkan lebih daripada 10,000 lagi pekerjaan di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini kepada kira-kira 20,000 atau 15% daripada tenaga kerjanya.
Menteri BRICS mesyuarat di Brazil usaha capai keamanan
Barisan menteri luar dari negara-negara BRICS mengadakan mesyuarat di Rio de Janeiro pada Isnin dengan rayuan Brazil untuk mencapai keamanan khususnya di Ukraine termasuk tindak balas yang diselaras terhadap langkah-langkah perdagangan Amerika Syarikat.
Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara sendiri - Jurucakap China
China terus berpendirian tegas bahawa Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara, seperti mana yang didakwa Parti Progresif Demokratik (DPP) di wilayah itu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.
AS, China kurangkan tarif timbal balik
Selepas pertemuan di Geneva, dua ekonomi terbesar dunia itu menyatakan komitmen untuk bergerak ke hadapan dalam semangat keterbukaan bersama, komunikasi berterusan, kerjasama dan saling menghormati.
PKR perlu Izzah sebagai 'panglima perang’
Sokongan terhadap Nurul Izzah Anwar untuk merebut jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti bagi sesi 2025-2028 penting sebagai persediaan mengukuhkan parti ke arah menghadapi PRU16.

Tarif Trump: AS tidak akan tinggalkan ASEAN - Penganalisis
Prof Sufian berpendapat Amerika Syarikat tidak akan meninggalkan ASEAN kerana akan membuka peluang lebih besar untuk China untuk meluaskan pengaruh mereka.

PM harap Astro AWANI terus membangun inovasi media era AI
PM ucap tahniah atas kemenangan Astro AWANI di Anugerah Digital Media Asia 2025 dan harap terus bangun inovasi media nasional dalam era AI.

Pasaran saham Asia merudum susulan tindakan tarif Trump
Pasaran saham Asia merudum selepas dibuka pada Isnin, berikutan impak tarif yang diperkenalkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Perang tarif AS terus jejas ekuiti Asia dengan aliran keluar bersih AS$6.73 bilion - MIDF
Pelabur asing mengekalkan pandangan lemah terhadap ekuiti Asia, terus mencatatkan jualan bersih untuk minggu ketiga berturut-turut.

Ringgit akhiri 2024 catat prestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia
Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.

Trump kembali ke White House, Asia saksikan peralihan kepimpinan utama dalam 2024
Tahun 2024 menyaksikan peralihan kepimpinan besar di seluruh dunia, termasuk kepulangan bersejarah Donald Trump ke White House.

Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.

Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.

Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.

Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.