PUTRAJAYA:Kluster Kesihatan dan Kluster Ekonomi antara enam kluster utama yang diberi fokus oleh kerajaan susulan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat semalam.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata kewujudan enam kluster itu bertujuan menyelaraskan kesemua agensi dan kementerian terlibat dalam memastikan pengurusan darurat di seluruh negara berjalan lancar.
"Empat kluster lain adalah keselamatan, pendidikan, komunikasi dan Kluster Perhubungan Persekutuan dan Negeri," katanya dalam satu temu ramah eksklusif bersama Bernama di pejabatnya di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Zuki berkata Kluster Ekonomi akan bertanggungjawab untuk menilai dan mengesyorkan polisi serta strategi ekonomi negara dalam tempoh darurat untuk memastikan kestabilan dan keyakinan rakyat serta pelabur.
Kluster Kesihatan pula tegasnya, berperanan untuk menilai dan mengesyorkan polisi dan strategi berkenaan kesihatan awam semasa tempoh darurat, merangkumi penyediaan perkhidmatan kesihatan awam yang lancar, ketersediaan bekalan ubat dan stok darah selain COVID-19 serta pengambilalihan sementara aset bagi tujuan perkhidmatan kesihatan.
Bagi Kluster Keselamatan, Mohd Zuki menarik perhatian, ia menilai dan mengesyorkan strategi keselamatan negara dalam tempoh darurat untuk mengekal, melindungi dan mempertahankan nilai-nilai teras negara termasuk menilai akta-akta yang perlu dikuatkuasakan sementara dan pengambilalihan sementara aset bagi tujuan keselamatan.
"Bagi Kluster Pendidikan, ia menilai dan mengesyorkan polisi dan strategi pendidikan rendah, menengah dan tertiari yang sesuai dalam tempoh darurat terutamanya melibatkan akses pendidikan, peperiksaan dan pergerakan pelajar," katanya.
BACA: Kerajaan tubuh Jawatankuasa Teknikal Darurat, selaras usaha antara Persekutuan-Negeri
Menyentuh mengenai Kluster Komunikasi, Mohd Zuki berkata kluster ini akan memperjelaskan sebarang maklumat yang sahih mengenai darurat kepada rakyat selain menganalisis pandangan rakyat terhadap tempoh darurat.
Menurutnya, bagi Kluster Perhubungan Persekutuan dan Negeri pula, ia berperanan untuk menyelaras isu-isu perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri terutamanya dalam isu pemakaian dan penyelarasan ordinan serta enakmen negeri.
"Harus dinyatakan bahawa di dalam perintah darurat ini, Kerajaan negeri akan berfungsi seperti biasa. Hanya beberapa kuasa sementara di bawah Yang di-Pertuan Agong yang melibatkan pengambil milikan sementara tanah bangunan atau harta alih bagi tujuan sebagai mana yang telah dinyatakan," katanya.
Mohd Zuki menjelaskan, kesemua ahli dan pihak di dalam kluster tersebut telah bermesyuarat dan menjalankan tugas masing-masing yang memerlukan tindakan segera bagi mengelakkan kesan sampingan jika tindakan lambat diambil khasnya bagi mengawal penularan dan serta memutuskan rantaian pandemik COVID19.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan, jentera pentadbiran negara tidak terkesan dengan pengisytiharan darurat kerana perkhidmatan sektor terlibat termasuk awam dan swasta, berjalan seperti biasa mengikut prosedur operasi standard ditetapkan selainkan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Apa yang mustahak, perkhidmatan kerajaan tidak terjejas. Ini penting untuk dimaklumkan kepada rakyat dan pelabur agar mereka faham mesej yang hendak disampaikan termasuk kenapa darurat diperkenalkan.
"Walaupun PKP sudah wujud, namun kes masih tinggi. Kerana itu, pentingnya rakyat memahami dan mematuhi Ordinan Darurat yang diumumkan agar pelaksanaannya dapat dijalankan sebaik mungkin," katanya.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat, bagi memastikan pengurusan darurat di seluruh negara berjalan lancar.
Jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Jawatankuasa teknikal ini antara lain bertanggungjawab untuk memantau isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan darurat, selain meneliti dan mengkaji isu-isu berbangkit berkaitan darurat dan mengesyorkan cadangan penyelesaian.
Jawatankuasa itu juga berperanan menyelaras pengurusan darurat bersama pihak berkaitan di peringkat Persekutuan dan negeri, selain mengetuai pemantauan dan naziran penguatkuasaan undang-undang berkaitan darurat di semua peringkat.
Perdana menteri berkata, jawatankuasa itu juga akan dianggotai lapan ahli tetap terdiri daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah Keselamatan Negara dan Ketua Kluster. - Bernama
Bernama
Sun Jan 17 2021
Mohd Zuki berkata Kluster Ekonomi akan bertanggungjawab untuk menilai dan mengesyorkan polisi serta strategi ekonomi negara dalam tempoh darurat. - Gambar fail
Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Zidane berminat jadi jurulatih Manchester United
Legenda bola sepak Perancis itu dikatakan memantau dengan teliti situasi Erik ten Hag di United walaupun telah mencapai persetujuan dengan Bayern.
Allahyarham Tun Hanif Omar legenda PDRM - Razarudin
Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar sebagai legenda besar dalam bidang kepolisan negara.
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Kuasa Agong isytihar darurat tidak boleh diadili oleh mahkamah
Kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam mengisytiharkan Darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh diadili oleh mahkamah.
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh dalam kebakaran hutan di Chile
Sekurang-kurangnya 99 terbunuh manakala 1,600 orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran hutan melanda Wilayah Valparaiso, Chile.
10 maut dalam kebakaran hutan di Chile
Seramai 10 orang terbunuh dalam kebakaran hutan di tengah dan selatan Chile, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik pihak berkuasa tempatan.
Myanmar lanjutkan darurat selama enam bulan
Pemangku Presiden U Myint Swe mengisytiharkan lanjutan tempoh darurat selama enam bulan lagi semasa mesyuarat NDSC pada Rabu.
Darurat Ecuador: Tentera giat cari 'lubuk' pengganas
Presiden Daniel Noboa juga telah mengisytiharkan darurat selama 60 hari dan menamakan 22 kumpulan sebagai kumpulan pengganas.
3 maut dalam ribut di tenggara AS, Florida isytihar darurat
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam cuaca buruk yang melanda sebahagian besar kawasan Tenggara Amerika Syarikat, pada Selasa.
Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.
Ribut Ciaran: Itali umum darurat di lima wilayah di Tuscany
Darurat diterima pakai di wilayah Florence, Livorno, Pisa, Prato dan Pistoia susulan cuaca ekstrem sehingga menyebabkan banjir di beberapa kawasan.
Kemarau, kebakaran hutan: Bali isytihar darurat selama dua minggu
Bali mengisytiharkan darurat selama dua minggu susulan kebakaran hutan tanah gambut dan kemarau melanda pulau itu.
Peru lanjutkan tempoh darurat akibat cuaca ekstrem
Peru memutuskan untuk melanjutkan tempoh darurat selama 60 hari di kebanyakan kawasan berikutan cuaca ekstrem yang disebabkan oleh El Nino dan hujan bermusim.