Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) susulan pembedahan usus pada bulan lepas, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Farizan Darus.
Beliau berkata keadaan kesihatan Yang Dipertua adalah stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi HPP bagi membolehkan pemantauan dan rawatan lanjut.
Katanya Abdul Rahman, 79, dimasukkan ke HPP pada 20 Okt lepas untuk pemeriksaan setelah mengalami sakit perut dan berdasarkan pemeriksaan pakar di HPP beliau perlu menjalani pembedahan usus.
"Pembedahan berkenaan telah berjaya dijalankan pada petang 22 Okt," katanya dalam sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.
Sidang media itu diadakan susulan tularnya maklumat kurang tepat mengenai keadaan kesihatan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang berkenaan.
Farizan berkata pada masa ini Abdul Rahman menerima rawatan susulan daripada pakar di HPP.
"Tun (Abdul Rahman) dinasihatkan untuk meneruskan rehabilitasi dan memastikan keadaan Tun benar-benar pulih serta sihat sebelum dibenarkan pulang," katanya.
Farizan juga berkata lawatan terhadap Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang itu dihadkan kepada saudara terdekat serta Ketua Menteri Lim Guan Eng dan beliau sendiri bagi memberi peluang kepada Abdul Rahman berehat dan pulih dalam jangka masa terdekat.
"Mohon semua masyarakat dan rakyat Pulau Pinang serta seluruh warganegara mendoakan akan kesihatan Tun untuk pulih semula bagi terus menjalankan tugas rasmi selaku Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang," katanya.
Abdul Rahman dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada 2001 dan dilantik semula ke jawatan sama pada 2005, 2009, 20011, 2013, 2015 dan 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 10 2017
Abdul Rahman, 79, dimasukkan ke HPP pada 20 Okt lepas untuk pemeriksaan setelah mengalami sakit perut. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Nelayan Pulau Pinang Selatan digesa daftar SIMP
Nelayan dari sembilan unit di Pulau Pinang Selatan masih boleh membuat pendaftaran di Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan.
UiTM Tapah penginapan baharu atlet Sukma
Pihak penganjur terpaksa membuat keputusan drastik itu berikutaan keadaan dan persekitaran di SIS didapati tidak kondusif.
Kediaman rasmi Ketua Menteri P.Pinang akan diubah suai
Struktur bangunan warisan itu serta bumbungnya masih kukuh dan pengubahsuaian melibatkan kerja-kerja penyelengaraan serta pendawaian semula elektrik.
Angkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinang baharu belum diputuskan
Majlis yang dijangka berlangsung pada Jumaat bagaimanapun ditangguh ke satu tarikh lain.
DUN Pulau Pinang dijangka bubar hari ini
Kenderaan rasmi yang membawa ketua menteri tiba di kediaman Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang itu kira-kira 8.30 pagi.
Kesihatan Yang Dipertua Negeri P. Pinang stabil
Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) susulan pembedahan usus pada bulan lepas.
Dua mangsa terakhir tanah runtuh Tanjung Bungah ditemui
Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Farizan Darus memberitahu, mayat ke 10, warga Bangladesh telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 8:34 pagi.
Tanah runtuh: Polis cari tiga mangsa terselamat dipercayai melarikan diri
Kali terakhir ketiga-tiga mangsa dikesan semasa mereka mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).