Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) terpaksa menolak usul mempertahankan kepimpinan ulama yang dibawakan oleh Pemuda PAS Selangor.
Pengerusi tetap Muktamar DPPM, Misbahul Munir menjelaskan usul tersebut terpaksa ditolak kerana bertentangan dengan perlembagaan parti serta kurang jelas dan perlu diperbaiki sebelum diterima sebagai usul.
"Ini tak bermakna Pemuda PAS tolak ulama, kalau media lapor seolah-olah kami tolak ulama, tak sayang ulama, kami saman," katanya ketika menyatakan keputusan tersebut.
Sebelum itu, perwakilan Pemuda PAS Selangor, Zuraimi Abd Karim (Gombak) membentangkan usul tersebut dan telah menimbulkan perdebatan hangat di kalangan perwakilan muktamar.
Zuraimi menyatakan usul tersebut dipilih kerana banyak serangan ke atas golongan ulama masa ini.
Bagaimanapun hujah Zuraimi dibantah oleh wakil Pemuda PAS Johor, Sheikh Umar Ali dan wakil Pemuda PAS Perak Fakrulrozi Hasan.
Wakil Pemuda PAS Sabah, Haris Alimudin (Sandakan) pula menegaskan usul yang dibawa itu bertentangan dengan perlembagaan parti dan sepatutnya tidak diterima sebagai usul
Misbahul kemudiannya membuat undian berbelah bahagi setelah undian secara rawak menunjukkan jumlah hampir sama.
Irwan Muhammad Zain
Thu Nov 21 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kesilapan teknikal sebabkan Pemuda PAS tolak usul pertahankan kepimpinan ulama
Pengerusi tetap Muktamar DPPM, Misbahul Munir menjelaskan usul tersebut terpaksa ditolak kerana bertentangan dengan perlembagaan parti.