awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keterangkuman, kemampanan teras kebangkitan Malaysia dan ASEAN - PM Anwar

Bernama
Bernama
25/01/2025
06:33 MYT
Keterangkuman, kemampanan teras kebangkitan Malaysia dan ASEAN - PM Anwar
Anwar berkata beliau turut menggunakan misi kali ini untuk menjulang hubungan erat ASEAN sebagai kekuatan bagi rantau ini.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Keterangkuman dan kemampanan harus dijadikan teras dalam kebangkitan Malaysia dan ASEAN, dengan memilih perkongsian kemakmuran secara adil tanpa sesiapa pun yang terkecuali, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata di bawah kepimpinan Malaysia, blok ASEAN kekal teguh kepada prinsip kepusatan ASEAN yang bebas untuk bekerjasama dengan Amerika Syarikat, China, India, Eropah dan negara lain tanpa perlu memihak atau terikat dengan konflik luar.
"Alhamdulillah, misi delegasi Malaysia di empat negara iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom, Belgium, dan Switzerland telah berakhir.
"Saya turut menggunakan misi ini untuk menjulang hubungan erat ASEAN sebagai kekuatan bagi rantau kita," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Anwar berkata beliau telah menanggapi satu perkara penting menerusi misi delegasi Malaysia ke empat negara tersebut yang antara lain telah memperkukuh hubungan dua hala, menarik pelaburan dan meningkatkan perdagangan.
Katanya meskipun berdepan dengan pelbagai rencam politik, pimpinan dan rakyat negara terbabit memberi tumpuan penuh kepada ekonomi, budaya ilmu, kemahiran, keterampilan dan kecerdasan buatan.
"Sikap ini harus kita teladani, ketimbang sepanjang masa berbicara soal titik bengik yang memecah-belah dan merugikan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebangkitan ASEAN
#Anwar Ibrahim
#Malaysia
#Kepengerusian ASEAN
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan