Skip to main content

Dunia

Helikopter berita NBC Los Angeles terhempas ketika siaran langsung, tiga maut

71746788185_Helicopter.jpg
Helikopter berkenaan dilaporkan terhempas di antara dua bangunan komersial sebelum terbakar bersama beberapa kenderaan berhampiran, menyebabkan pesawat itu mengalami kerosakan teruk. -Gambar hiasan
Advertisement

LOS ANGELES: Tiga individu maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah helikopter berita milik NBC Los Angeles terhempas ketika membuat liputan udara mengenai kemalangan jalan raya maut pada petang Selasa.

Jabatan Bomba Los Angeles (LAFD) berkata insiden itu dilaporkan pada jam 6.57 petang waktu tempatan di kawasan Chatsworth di San Fernando Valley, lapor BNONews.

Helikopter berkenaan dilaporkan terhempas di antara dua bangunan komersial sebelum terbakar bersama beberapa kenderaan berhampiran, menyebabkan pesawat itu mengalami kerosakan teruk.

 

 

Tiga mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital.

Menurut pihak berkuasa, salah seorang mangsa maut dipercayai pejalan kaki yang berada di kawasan tempat letak kereta ketika nahas berlaku.

Sebelum kejadian, helikopter terbabit sedang merakam liputan nahas melibatkan sebuah SUV dan bas yang mengorbankan dua nyawa serta mencederakan beberapa individu lain.

Ruang udara kawasan berkenaan turut dikongsi beberapa helikopter berita lain ketika itu.

Siaran langsung stesen berkenaan menunjukkan helikopter itu turun secara perlahan sebelum isyarat terputus secara tiba-tiba.

Penyampai NBC Los Angeles kemudian dilaporkan gagal menghubungi kru yang berada di dalam pesawat tersebut.

Punca nahas masih belum diketahui. Siasatan sedang dijalankan oleh National Transportation Safety Board (NTSB) dan Federal Aviation Administration (FAA).

Must Watch Video

Advertisement