SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat bidang keterjaminan makanan sebagai salah satu bidang yang boleh diteroka bersama dengan Singapura, dengan sasaran memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.
Anwar yang dalam lawatan rasmi di sini hari ini berkata bidang baharu itu boleh diteroka, seiring dengan isu-isu tertunggak lain yang perlu diberi tumpuan oleh Malaysia dan Singapura.
"Bidang ini (keterjaminan makanan) yang saya fikir kami akan dapatkan sokongan Singapura, untuk menggunakan Malaysia sebagai pusat utama untuk pengeluaran, bagi manfaat kedua-dua negara," katanya semasa berucap di majlis makan tengah hari rasmi yang dihoskan oleh rakan sejawatnya dari Singapura Lee Hsien Loong.
"Pentadbiran saya masih baharu, namun pandangan saya dan kabinet saya jelas.. bahawa bukan sahaja kita berhasrat meneruskan hubungan (dua negara), malah kita mahukan supaya rakyat di kedua-dua negara faham bahawa kita adalah dua negara hebat, jiran yang hebat, banyak lagi yang boleh kita lakukan untuk manfaat rakyat," katanya.
Sehubungan itu katanya terpulang kepada pemimpin-pemimpin Singapura untuk meneruskan dan melangkah maju ke hadapan, bukan sahaja dalam bidang perdagangan, pelaburan, dan keselamatan siber, tapi juga dalam menyeleasaikan semua isu-isu tertunggak.
Terdahulu kedua-dua pemimpin menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman yang akan memupuk kerjasama dalam bidang baharu dan meningkat maju, terutama berkaitan ekonomi digital dan hijau, serta keselamatan siber.
Sementara itu Lee dalam ucapannya berkata Anwar dan beliau telah mengadakan perbincangan yang banyak membuahkan hasil awal hari ini, termasuk mengenai bagaimana kedua-dua negara boleh mencapai kemajuan dalam pelbagai isu dua hala yang tertunggak.
"Sebagai rakan dan jiran yang baik, hala tuju Singapura dan Malaysia adalah saling berkaitan. Apabila kita bekerjasama secara konstruktif, kita akan mendapatkan hasil menang-menang dengan manfaat ketara bagi rakyat dan urusan kita.
"Saya yakin, dengan sokongan Perdana Menteri Malaysia, hubungan Singapura-Malaysia boleh mencapai tahap yang tinggi," katanya.
Terdahulu Anwar mengadakan pertemuan empat mata dengan Lee, sebelum membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Halimah Yacob.
"Presiden Halimah akan melawat Malaysia tidak lama lagi. Ia adalah tanda-tanda awal bahawa hubungan kedua-dua negara semakin bertambah akrab," kata Anwar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023
Anwar yang dalam lawatan rasmi di sini hari ini berkata bidang baharu itu boleh diteroka, seiring dengan isu-isu tertunggak lain yang perlu diberi tumpuan oleh Malaysia dan Singapura. - Gambar/ BERNAMA
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.