awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi

Bernama
Bernama
28/04/2024
00:45 MYT
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban, petang Sabtu. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini, petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan mayat itu pada 2 petang daripada lelaki berusia 63 tahun yang sedang menjala ikan.
"Kita percaya lelaki yang hanya memakai seluar jean itu meninggal dunia antara tiga hingga empat hari lepas berdasarkan mayatnya yang mereput dan berbau," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata, pemeriksaan menemukan tatu pada tangan kiri dan kanan lelaki itu, namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai padanya.
Menurut Mohamad Hatta, mayat berkenaan berkemungkinan hanyut dari Sungai Ulu Bendul dan sehubungan itu, orang awam yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat berkaitan penemuan mayat itu diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#mayat tanpa identiti
#Sungai Linggi
#jumpa mayat
#Ketua Polis Daerah Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan