awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah

Astro Arena
Astro Arena
28/04/2024
01:30 MYT
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79. - Gambar fail
PENYERANG Liverpool, Mohamed Salah berkata jika dia bercakap "akan ada pergaduhan."
Situasi ini berlaku setelah dia bertengkar dengan pengurusnya Jurgen Klopp di tepi padang ketika Liverpool seri 2-2 dengan West Ham bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.
Salah nampaknya punya situasi tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Klopp berkata, dia tidak akan mendedahkan tentang hujahnya itu, tetapi bekas penyerang Liverpool Peter Crouch berkata di TNT Sports bahawa "ia kelihatan tidak baik untuk kelab."
"Salah adalah pemain yang telah memulakan majoriti perlawanan untuk Liverpool dan dia akan berasa marah untuk berada di bangku simpanan," kata Crouch.
"Tetapi tiada siapa yang suka melihat ini antara pengurus dan pemain utama."
Salah kelihatan kecewa dengan sesuatu yang dikatakan Klopp kepadanya ketika dia dibawa masuk dan seolah-olah mahu memanjangkan perbalahan sebelum rakan sepasukan Darwin Nunez dan Joe Gomez meredakannya.
Keputusan itu menyebabkan Liverpool terkeluar daripada perebutan kejuaraan EPL. Mereka berada di tangga ketiga dalam kedudukan liga dan perebutan juara kini adalah pertembungan antara Arsenal dan Manchester City.
Dalam video di aplikasi X @SamuelILFC, Salah, ketika berjalan melalui kawasan media selepas perlawanan, berkata: "Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan."
Mo Salah: Theres going to be fire today if I speak. pic.twitter.com/SWLXv04TdR
— Samuel (@SamueILFC) April 27, 2024
Seorang wartawan bertanya "pergaduhan?" dan Salah menjawab: "ya, sudah tentu." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Mohamed Salah
#Liverpool
#jurgen klopp
#Salah bergaduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan