PETALING JAYA: Ketidaksediaan prasarana bukan alasan untuk tidak memberikan peluang kepada pelajar OKU (Orang Kurang Upaya) cemerlang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT), kata Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Beliau berkata, ketidaksediaan prasarana untuk kegunaan golongan istimewa itu adalah kerana kelemahan penguatkuasaan Seksyen 28 (1) dan (2) Akta OKU 2008 yang menyatakan golongan OKU tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum.
"Pindaan Akta OKU tersebut harus disegerakan tahun ini juga bagi menyediakan penyesuaian munasabah sesuai dengan keperluan golongan itu," katanya kepada pemberita di pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu OKU Sentral di sini hari ini.
Beliau berkata antara penyesuaian dapat dilaksanakan contohnya prasarana, kelengkapan, bahan pengajaran serta kaedah pengajaran buat golongan itu.
Sebelum ini Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPT, Prof Datuk Husaini Omar berkata, penawaran program kepada golongan OKU ini adalah melalui persetujuan bersama agensi, institusi dengan mengambil kira kesediaan prasarana mesra OKU institusi itu sendiri.
Mengulas lanjut, Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), berkata hal itu seperti menggambarkan kebanyakan bangunan di IPT tidak menepati piawaian digariskan dalam Seksyen 34A Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
"Kegagalan mematuhi undang-undang sedia ada telah menyebabkan kesukaran kepada pelajar-pelajar OKU untuk mengakses bangunan dan kemudahan berkaitan pembelajaran di IPT.
Kita kena melihat perspektif seorang OKU itu sendiri, jangan membuat sesuatu memikirkan yang kami (golongan OKU) okey (elok-elok) sahaja, kita tidak boleh buat sebegitu," katanya selepas bertemu salah seorang pelajar OKU yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPT hari ini.
Beliau berkata pihaknya akan cuba menyokong pelajar golongan istimewa itu bagi memudahkan proses pengajian pada waktu sama membuka peluang setaraf dengan kelayakan golongan itu.
"Saya akan berjumpa dan berbincang dengan pihak universiti cara untuk menyokong bukan sahaja pelajar ini tetapi pelajar OKU lain supaya kita dapat memberi mereka peluang pendidikan sama rata.
"Mereka (pelajar OKU) juga belajar bertungkus-lumus untuk menjadi seorang cendekiawan, jadi siapa kita untuk memberitahu mereka peluang itu terhad sedangkan mereka mempunyai keupayaan lebih daripada orang lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 25 2021
Ras Adiba berkata, antara penyesuaian dapat dilaksanakan contohnya prasarana, kelengkapan, bahan pengajaran serta kaedah pengajaran buat golongan itu. - BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
Pemerkasaan OKU langkah penting ke arah masyarakat inklusif
Setiap individu, tanpa mengira kekurangan fizikal, mental atau deria, perlu diberikan peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai sektor.
ABIM saran orang ramai supaya lebih cakna, empati terhadap OKU
ABIM tuntut kerajaan dan swasta beri peluang pekerjaan kepada golongan OKU dengan sasaran satu peratus daripada keseluruhan pekerja.
Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
Polis kesan individu pukul lelaki OKU di Dataran Shah Alam
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Kerajaan komited tingkat pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam
JPA turut bertanggungjawab memastikan deskripsi tugas, persekitaran tempat kerja dan penerimaan ketua jabatan adalah 'mesra dan sesuai' OKU.
Jahidah masih terlantar, anak kini berstatus OKU
Eshan Nufail kini sudah berusia 3 tahun namun masih tidak mampu berjalan dan bertutur seperti kanak-kanak normal lain sebayanya.
Selangor tubuh jawatankuasa khas, tambah baik peraturan khidmat jagaan kanak-kanak, warga emas dan OKU
Kerajaan Selangor menubuhkan JKPPP untuk menyemak, menilai serta menambah baik undang-undang berkaitan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di negeri itu.