Kelemahan pengurusan kewangan dan ketidakcekapan tadbir urus sebuah jabatan kerajaan dan sebuah agensi kerajaan negeri Perlis didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 1 yang dikeluarkan pada Isnin.
Agensi tersebut ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Laporan itu menyebut pengauditan terhadap JKM dibuat dari September hingga Disember 2016 mendapati pada keseluruhannya urusan pemberian Bantuan Am dan Bantuan Membaiki Rumah dari 2014 hingga 2016 yang dilaksanakan adalah kurang memuaskan.
Bantuan Am yang diberikan kepada warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal, penghidap penyakit kronik dan keluarga miskin berpendapatan bawah RM830 sebulan tidak dilaksanakan dan diselia dengan memuaskan.
"Akibat kecuaian itu, Audit mendapati 21 penerima yang tidak mempunyai butiran lengkap atau tidak wujud termasuk bukan warganegara dan yang tidak layak menerima bantuan berjumlah RM61,610 manakala 32 orang yang telah meninggal dunia menerima bantuan berjumlah RM20,610.
"Semakan Audit juga mendapati kelewatan kelulusan permohonan itu dan penyaluran bantuan berlaku sehingga 90 hari membabitkan 46 orang dan lima orang lagi melebihi 91 hari daripada 237 permohonan kerana lewat disiasat," menurutnya.
Mengikut rekod, seramai 3,964 penerima Bantuan Am menerima antara RM100 hingga RM300 sebulan di seluruh negeri berjumlah RM22.03 juta walaupun sasaran cuma RM21.43 juta dalam tempoh tersebut.
Bagi Bantuan Membaiki Rumah yang dihadkan kepada RM3,000 sebuah, sebanyak RM724,000 (139.2 peratus) dibelanjakan berbanding sasaran cuma RM520,000.
Walaupun tidak menyebut jumlah rumah yang dibaiki, Ketua Audit Negara tidak berpuas hati dengan pegawai JKM kerana tidak membuat pemantauan susulan menyebabkan wang bantuan yang diberi tidak digunakan sebagaimana diluluskan.
Ketua Audit Negara secara umumnya berpuas hati dengan pengurusan kelulusan pemberian Bantuan Am oleh JKM Perlis namun mengesyorkan agensi itu supaya sentiasa mengemas kini data penerima, membuat semakan bersilang dengan sistem myIDENTITY dan memantau penerima supaya tidak menyalahgunakan bantuan.
Berhubung prestasi MAIPs, pengauditan yang dijalankan dari September hingga Disember 2016 juga menemui beberapa kelemahan Majlis itu seperti tidak merekodkan jumlah permohonan untuk membina dan membaik pulih rumah walaupun tiada yang ditolak.
Menurut laporan itu, prestasi agihan bantuan tersebut untuk asnaf adalah baik tetapi pelaksanaannya tidak memuaskan kerana dibina antaranya atas tanah tanpa kebenaran tuan tanah, penerima tidak menerima bantuan seperti diluluskan, dan kecacatan pada rumah yang dibina dan surat tawaran MAIPs tidak lengkap.
MAIPs memperuntukkan RM7.35 juta bagi membina 315 unit dan membaik pulih 1,347 unit dengan kos RM28.82 juta bagi tempoh 2014 hingga 2016 tetapi telah membina 470 unit dengan kos RM15.05 juta dan membaik pulih 945 unit membabitkan perbelanjaan RM13.54 juta.
"Bagi memastikan kecekapan urus tadbir korporat dan pengurusan kewangan MAIPs dengan lebih cekap, disyorkan Majlis menyediakan garis panduan pembinaan dan membaik pulih rumah asnaf dan mewujudkan jawatankuasa untuk meluluskan setiap permohonan," menurut laporan itu. -- Bernama
Bernama
Mon Aug 06 2018
Ketua Audit Negara tidak berpuas hati dengan pegawai JKM Perlis kerana tidak membuat pemantauan susulan menyebabkan wang bantuan yang diberi tidak digunakan sebagaimana diluluskan.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar pada Sabtu malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
1,580 jurulatih SST, AST digerakkan bantu emosi, akademik pelajar di PPS
KPM menggerakkan 1,580 jurulatih utama SST dan AST di PPS bagi membantu pelajar yang terjejas akibat banjir dari aspek emosi dan akademik.
GISB: 130 kanak-kanak masih belum dituntut oleh ibu bapa - Nancy
Seramai 130 kanak-kanak yang diselamatkan dari rumah amal dikaitkan dengan GISB masih belum dituntut ibu bapa mereka.
Depoh simpanan keperluan bencana JKM di Kelantan akan ditambah baik - Nancy
Depoh simpanan keperluan bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kelantan akan ditambah baik dari semasa ke semasa.
Pemerkasaan OKU langkah penting ke arah masyarakat inklusif
Setiap individu, tanpa mengira kekurangan fizikal, mental atau deria, perlu diberikan peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai sektor.
Jumlah mangsa banjir terus berkurang malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak, Melaka dan Pahang terus berkurang setakat 8 malam ini.
Keadaan banjir di enam negeri beransur pulih
Bagaimanapun, bilangan mangsa di Pahang sedikit meningkat menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di tujuh negeri berkurang kepada 57,980 orang.
JKM tempatkan 152 pegawai psikologi di kawasan banjir - Nancy Shukri
Jabatan Kebajikan Masyarakat menempat 152 pegawai psikologi di kawasan terjejas banjir bagi membantu memulihkan emosi dan mental mangsa terlibat.
Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.