Ketua Hakim Negara Datuk Tengku Maimun Tuan Mat mendahului senarai 877 penerima darjah kebesaran bintang dan pingat kehormatan negeri sempena Ulang Tahun ke-81 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.
Maimun, 60, yang dilantik memegang jawatan itu pada 2 Mei lalu, adalah penerima tunggal bagi Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Menurut senarai yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, terdapat dua penerima yang akan menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Selain itu, 12 orang dianugerahkan pingat Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri, antaranya ahli korporat yang memegang jawatan Pengarah bagi beberapa syarikat berkaitan sektor industri, pembinaan dan pembangunan iaitu Datuk Ooi Teik Heng, ahli perniagaan yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat Manora Sdn Bhd, Datuk Abdul Rafique Abdul Karim, Naib Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh.
Turut menerima anugerah DGPN itu ialah Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang Khor Ten Haw @ Khor Teng How, bekas Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Datuk Rosli Jaafar dan Ketua Pengarah Kastam Datuk Paddy Abd Halim.
Selain itu seramai enam penerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang membawa gelaran Datuk yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Datuk Hadhariah Syed Ismail, usahawan Datuk Chin Hai Siang, ahli perniagaan, Datuk Lee Ah Hoe, Pengerusi Koperasi Tunas Muda Datuk Mansor Musa, bekas Pensyarah Universiti Malaysia (UM) Shaari Mohd Isa, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang Datuk Sulaiman Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Ir Abdullah Isnin dan Setiausaha Bandaraya Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Ir Addnan Mohd Rozali.
Sejumlah 50 individu menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk dan antaranya ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban Dr. T.Jayabalan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Mohd Jamil Mohamed dan Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang Muhamad Yusoff Mohd Nor.
Selain itu 55 individu menerima Darjah Johan Negeri (DJN), Bintang Cemerlang Negeri (35), Pingat Kelakuan Terpuji (89), Pingat Jasa Kebaktian (278), Pingat Jasa Masyarakat (320) dan 29 orang menerima Pingat Bakti Setia.
Istiadat penganugerahan akan berlangsung di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2019
Tengku Maimun adalah penerima tunggal bagi Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. - Gambar fail
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Cuaca Panas, Stres: Tips kepada bakal jemaah Haji
Hari wukuf bagi musim haji 2024 adalah pada 9 Zulhijah atau bersamaan 15 Jun 2024, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Haji 2024: Jemaah wanita paling ramai
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan jumlah Jemaah wanita Haji dan pecahan mengikut umur. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Tumpuan Rabu - 08 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak
RUU itu diluluskan selepas tujuh Ahli DUN mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Umat Islam perlu punyai satu iltizam, berganding pertahan agama Islam - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menitahkan semua umat Islam supaya mempunyai satu iltizam untuk bersama-sama merapatkan saf dan bergandingan mempertahankan agama.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan melalui penggubalan akta
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.
PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.
Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.
Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.
Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.
Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.
Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.
Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.
Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.