KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) senada dengan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bahawa ketua jabatan yang tidak mengambil tindakan terhadap pegawai terlibat dengan salah laku dan rasuah boleh dianggap melakukan kesalahan.
Presiden Cuepacs Datuk Adnan Mat berkata ketua jabatan sebagai pemimpin perlu ada sifat berani untuk bertindak dan menjauhi perkara yang membawa kepada pelanggaran etika serta peraturan dalam perkhidmatan awam.
"Sekiranya ketua jabatan yang mempunyai kuasa untuk bertindak menjalankan tanggungjawab dengan berkesan, sudah tentu organisasi akan menjadi lebih kompeten dan berdaya maju.
"Salah laku dalam perkhidmatan awam adalah suatu perkara yang amat kita tegah, termasuklah menyembunyikan atau membiarkan salah laku tersebut terus berlaku," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan Pengerusi EAIC Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata penjawat awam yang terbabit salah laku serta melanggar prinsip integriti perlu dibuang daripada sistem, termasuklah ketua jabatan yang dikenal pasti melindungi perbuatan itu, bagi memastikan perkhidmatan awam negara dapat diselamatkan.
Adnan berkata syor EAIC untuk tidak 'menyimpan' penjawat awam yang melakukan perbuatan itu sememangnya boleh dilaksanakan berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang telah mewartakan tatakelakuan dan pengurusan tatatertib penjawat awam dengan jelas sebagai panduan semua ketua jabatan.
Peraturan itu, antara lain menetapkan seorang penjawat awam boleh dikenakan tindakan atau hukuman seperti amaran, denda, lucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau buang kerja jika didapati bersalah melanggar peruntukan dalam peraturan yang ditetapkan, tambah beliau.
Menerusi kenyataan sama, Adnan berkata Cuepacs bagaimanapun yakin hanya segelintir kumpulan ketua jabatan daripada agensi penguatkuasaan tertentu yang tidak ambil peduli dengan isu salah guna kuasa dan rasuah dalam kalangan kakitangan mereka.
"Cuepacs berharap semua penjawat awam tidak kira peringkat jawatan mengambil peranan dalam memastikan perkhidmatan awam sentiasa berada dalam tahap yang terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2024
Adnan berkata ketua jabatan sebagai pemimpin perlu ada sifat berani untuk bertindak dan menjauhi perkara yang membawa kepada pelanggaran etika serta peraturan dalam perkhidmatan awam. - Gambar fail/Bernama
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Ketua Jabatan perlu buat pusingan kerja elak pegawai rasuah, salah guna kuasa - JPA
Semua Ketua Jabatan perlu melaksanakan pusingan kerja di organisasi masing-masing mulai Oktober ini.
Ketua jabatan laku kesalahan jika tak ambil tindakan terhadap pegawai terlibat rasuah, salah laku
Ketua jabatan yang tidak mengambil tindakan terhadap pegawai terlibat dengan salah laku dan rasuah boleh dianggap melakukan kesalahan.
Ketua jabatan perlu pastikan urusan rasmi menggunakan bahasa Melayu - KPPA
Sebagai usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam perkhidmatan awam, ketua jabatan hendaklah memastikan setiap urusan rasmi anjuran jabatan masing-masing menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
Audit: Ketua Jabatan perlu ambil tindakan tegas terhadap pegawai lakukan kesalahan
Tindakan itu juga bakal menjadi satu amaran selain pengajaran buat pegawai lain supaya tidak melakukan kesalahan sama.