MALAYSIA
Ketua jabatan, penjawat awam N.Sembilan wajib kibar Jalur Gemilang di kediaman

Aminuddin (foto) berkata ketua jabatan diwajibkan memasang dua bendera iaitu Jalur Gemilang dan bendera Negeri Sembilan, manakala penjawat awam perlu mengibarkan sekurang-kurangnya bendera Malaysia di kediaman mereka. -Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mewajibkan semua ketua jabatan dan penjawat awam di negeri berkenaan mengibarkan bendera di kediaman masing-masing sehingga 16 Sept ini.
Ringkasan AI
- Kerajaan Negeri Sembilan mewajibkan ketua jabatan dan penjawat awam mengibarkan bendera Malaysia dan Negeri Sembilan di kediaman masing-masing sehingga 16 September.
- Arahan ini bertujuan memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan dan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.
- PBT turut diarahkan menghias bangunan dengan cara kreatif dan tertib untuk mencerminkan kemeriahan sambutan kemerdekaan.
"Kami bersetuju untuk mewajibkan semua ketua jabatan termasuk mereka yang tinggal di luar Negeri Sembilan mengibarkan dua bendera di rumah mereka iaitu bendera Malaysia dan bendera negeri.
"... ini adalah sebahagian daripada usaha kita untuk meningkatkan rasa cinta kepada negara sempena bulan kemerdekaan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Negeri, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Aminuddin berkata pihaknya telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri berkenaan supaya lebih kreatif dalam menghias dan menyusun atur pemasangan bendera di bangunan masing-masing bagi membangkitkan suasana sambutan kemerdekaan tahun ini.
"Jangan hanya gantung dan letak di tiang, itu cara 10 dan 20 tahun lepas. Jadi kali ini kita ubahlah supaya nampak kemeriahan," katanya, yang turut menasihatkan agar pemasangan bendera dilakukan dengan penuh tertib dan menghormati simbol kedaulatan negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami