KUALA LUMPUR: Ketua-ketua kerajaan negeri berharap Aidilfitri yang disambut hari ini diraikan secara sederhana dan mengingatkan masyarakat agar tidak melupakan perjuangan saudara Islam di Palestin dalam menentang kezaliman rejim Zionis.
Di SELANGOR, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengajak rakyat untuk meneruskan amalan baik yang dipupuk sepanjang Ramadan seperti menyantuni golongan fakir, anak yatim dan mereka yang kurang berkemampuan.
Beliau berkata kesederhanaan perlu ditampilkan bukan sahaja melalui tindakan tetapi juga menerusi akal budi dan fikiran supaya generasi muda dapat mewarisi budaya serta akhlak yang serupa sekali gus melahirkan generasi yang bermaruah dan berwawasan.
Di TERENGGANU, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar turut senada dengan berkata, Aidilfitri akan menjadi lebih bermakna sekiranya disambut penuh sederhana berdasarkan situasi kebanyakan rakyat Malaysia ketika ini, sambil menasihatkan ibu bapa untuk turut meletakkan keutamaan kepada perbelanjaan sekolah anak-anak selain persiapan lebaran.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan masyarakat agar tidak melupakan rakyat di Palestin yang masih berjuang mempertahankan tanah air mereka.
Di PERAK, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad juga mengingatkan masyarakat supaya tidak sesekali melupakan perjuangan saudara Islam di Palestin dalam keghairahan menyambut Aidilfitri, sambil berkata titipan doa merupakan senjata paling mustajab agar Allah SWT sentiasa melindungi mereka daripada kezaliman Zionis.
"Dalam kita bergembira di Aidilfitri jangan lupa doa kepada yang telah tiada, titipkan juga doa kepada saudara-mara kita di Palestin yang sedang diuji dengan derita, dizalimi dan dihalau dari tanah air sendiri," katanya menerusi rakaman yang dimuat naik di laman Facebook beliau pada Selasa.
Sementara itu, di PULAU PINANG, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow meminta rakyat untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan mengeratkan ikatan silaturahim tanpa mengira latar belakang anutan agama, bangsa, politik mahupun budaya sempena sambutan Aidilfitri.
Dalam perutusannya, beliau berharap untuk terus menyaksikan nilai-nilai kasih sayang, perpaduan, toleransi dan meraikan kepelbagaian yang lama berakar umbi di negeri itu terus mekar agar pembangunan negeri lebih menyeluruh dengan kemantapan nilai kemanusiaan.
Di MELAKA, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kerajaan negeri bersetuju melaksanakan beberapa inisiatif sempena meraikan Aidilfitri pada tahun ini termasuk parkir percuma selama seminggu dan pengurangan kadar kompaun serta saman di empat kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).
Beliau berkata, inisiatif lain ialah penangguhan aktiviti pemotongan bekalan air oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).
"Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan kepada setiap ahli keluarga di Melaka dalam meraikan Aidilfitri," katanya menerusi laman Facebook malam tadi.
Di NEGERI SEMBILAN, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mendoakan Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat seluruh rakyat di negeri itu dan menyambutnya dalam suasana yang gembira bersama keluarga tercinta, sambil menggalakkan tradisi kunjung-mengunjung bagi memperkukuhkan silaturahim dan perpaduan.
"Saya dengan rendah diri ingin menyusun jari memohon kemaafan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan atas segala kekhilafan saya sepanjang mentadbir negeri ini. Sesungguhnya, amanah berat ini sentiasa saya jaga kerana ia mengajar saya erti sebenar menjaga amanah rakyat yang mempunyai pelbagai latar belakang," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.
Di KEDAH, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam perutusannya mengalu-alukan kepulangan anak-anak Kedah dari perantauan untuk berhari raya di kampung halaman, sambil mengingatkan warga negeri itu agar berhati-hati ketika di jalan raya.
"Walaupun hari raya sinonim dengan kegembiraan, janganlah kita berlebihan dalam meraikannya kerana dalam Islam disyariatkan sebagai suatu ibadah bukannya tradisi budaya semata-mata. Saya juga meminta semua anak Kedah supaya menjaga keselamatan terutama di jalan raya," katanya.
Di PAHANG, Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengajak seluruh rakyat bersama-sama mengukuhkan lagi perpaduan dan mengelakkan persengketaan yang berupaya menghancurkan keharmonian yang terbina sekian lama.
"Sempena hari yang mulia ini, marilah kita bermaaf-maafan dan bersama-sama meraikan Aidilfitri dalam suasana yang penuh kesyukuran, gembira, muhibah dan saling menghormati. Semoga Aidilfitri pada kali ini membawa rahmat dan keberkatan kepada kita semua," katanya sambil mengucapkan Selamat Hari Raya serta maaf zahir dan batin kepada seluruh rakyat di negeri itu.
Di PERLIS, Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dalam perutusan Aidilfitri yang dimuat naik dalam Facebook beliau berharap umat Islam menyambut perayaan kali ini dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan dengan mengelakkan pembaziran serta berkongsi rezeki bersama mereka yang memerlukan.
Di KELANTAN, Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud pula berkata, kerajaan negeri akan terus mempraktikkan strategi penghayatan 'Membangun Bersama Islam' bagi memartabatkan dasar Islam dalam apa juga aspek.
Justeru, beliau menyeru seluruh masyarakat di Kelantan yang sudah mahupun belum berkeluarga untuk bersama-sama dengan kerajaan negeri dalam menjayakan misi itu serta menghidupkan sambutan Aidilfitri dengan ibadat kepada Allah SWT seperti melakukan solat sunat hari raya, berzikir, bertasbih, bertahmid, beristighfar dan bersedekah. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024
Amirudin (kiri) dan Ahmad Samsuri senada Aidilfitri akan menjadi lebih bermakna sekiranya disambut penuh sederhana berdasarkan situasi kebanyakan rakyat Malaysia ketika ini. - Gambar Bernama
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Ketua kerajaan negeri ucap Selamat Hari raya Aidilfitri
MB Selangor ajak rakyat teruskan amalan baik yang dipupuk sepanjang Ramadan seperti menyantuni golongan fakir dan anak yatim.