GEORGE TOWN: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Dr Zulkapli Mohamed mendahului senarai 1,117 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-74 Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Selain Zulkapli, dua lagi individu iaitu bekas Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Tun Abd Majid Tun Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional (TNB), Datuk Ir. Baharin Din turut menerima DPPN yang membawa gelaran Datuk Seri.
Dalam pada itu, seramai 27 individu dianugerahkan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang membawa gelaran Datuk Seri antaranya Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Suhaily Mohd Zain,Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Turut menerima DGPN ialah bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman; bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Mohd Sayuthi Bakar dan Pengerusi Penang Port Sdn Bhd, Datuk Syed Mohamad Syed Murtaza dan bekas exco kerajaan negeri, Chong Eng dan Phee Boon Poh.
Sementara itu, seramai 15 individu mnerima anugerah Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) dan 93 penerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.
Antara penerima DMPN ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil dan bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Mohd Salleh Man.
Selain itu, seramai 74 individu menerima Darjah Johan Negeri; Bintang Cemerlang Negeri (14); Pingat Kelakuan Terpuji (168); Pingat Jasa Kebaktian (298); Pingat Jasa Masyarakat (399) dan Pingat Bakti Setia (26).
Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang dalam sidang media, berkata Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang akan berlangsung di Dewan Sri Pinang selama empat hari bermula esok, Isnin, Selasa dan Rabu depan.
Beliau berkata ulang tahun Ahmad Fuzi sepatutnya disambut secara rasmi pada 8 Julai lalu namun ditangguhkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15.
Katanya, acara sambutan esok akan dimulakan dengan Istiadat Kawalan Kehormatan Utama di Dataran Sri Pinang dengan sebanyak 17 das tembakan meriam akan dilepaskan semasa istiadat berlangsung.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2023
Zulkapli yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu DPPN yang membawa gelaran Datuk Seri. - Gambar ilkap.gov.my
AWANI Ringkas: Operasi SAR dipergiat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Salahkah tayang bahagia di media sosial?
Kini ramai yang menggunakan media sosial untuk memaparkan kebahagiaan mereka. Adakah media sosial ketika ini menjadi penentu atau kayu ukur kebahagiaan? Salah atau perlu berpada-pada? Ikuti perkongsiannya dalam AWANI Pagi.
Islam Makhachev tak tolak kemungkinan lawan McGregor
Katanya, dia bukan bercakap besar atau memperkecilkan kemampuan McGregor tetapi keyakinannya berpandukan kepada realiti sebenar.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi;
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
Perkembangan terkini nahas helikopter Presiden Iran
Serangan terhadap polis, keselamatan dipertingkat
Teresa Kok terima ugutan bunuh
#AWANInews #AWANIPagi
AirTag generasi baharu dijangka diperkenal tahun depan, dengan cip dikemas kini
Apple kini dalam fasa pembangunan AirTag generasi baharu, dan menyasarkan untuk melancarkannya sekitar pertengahan tahun 2025 kelak.
Siri kelak boleh rumus notifikasi pada iPhone - dengan sokongan integrasi AI
Siri juga kelak boleh meringkaskan sesuatu berita, melakukan transkrip untuk memo suara, serta penambahbaikan pada gambar yang dirakam.
Lawatan Tiga Negara: Berjaya jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bln - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, ia bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Radang Paru-Paru: Raja Salman jalani rawatan di Jeddah
Raja Salman akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah, pada Ahad.
PAS kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
PAS mengutuk keras insiden ugutan bunuh melalui surat terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim, pada Sabtu.
THSS: Datin Alyah tarik diri, Putera & Stacy kekal beraksi
Masih kekal ditangga tiga teratas, minggu ini Aepul Roza berjaya merampas kedudukan Ayda Jebat sebagai juara mingguan selepas mendapat markah 90.40 dan berjaya membawa pulang Anugerah The Hardest of The Night serta wang tunai RM2,000.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).