awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan

Bernama
Bernama
30/08/2023
02:30 MYT
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pengundian bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK Parlimen Kuala Terengganu berlangsung pada 12 Ogos lepas. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Keputusan dan penyata pengundian selepas penjumlahan rasmi undi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri telah diwartakan semalam, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pewartaan itu turut melibatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak dengan PRN pada 12 Ogos lepas.
“Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengundian bagi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah serta PRK Parlimen Kuala Terengganu berlangsung pada 12 Ogos lepas.
Pada 13 Ogos lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata Terengganu mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi berbanding lima negeri yang melaksanakan PRN iaitu sebanyak 74.79 peratus.
Beliau berkata Kedah mencatatkan peratusan pengundian 73.86 peratus, Pulau Pinang (72.67), Selangor (72), Negeri Sembilan (68.35) manakala Kelantan pula 60.96 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyata
#warta
#PRK Kuala Terengganu
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan