SHAH ALAM:Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian Datuk Baharom Mahusin meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pagi ini.
Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Karangkraf Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata Allahyarham mengalami pelbagai komplikasi akibat jangkitan kuman dalam darah.
"Allahyarham masuk hospital sejak dua minggu lepas, dia mengalami batu karang tersumbat dalam hempedu. Selepas itu, terdapat jangkitan kuman dalam darah dan sehingga semalam, komplikasi itu menyerang pada jantungnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata jenazah Baharom, 54, akan dibawa dari PPUM ke Masjid Bilal Bin Rabah di Taman Koperasi Polis untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam Raudhatul Sakinah di sini.
Hussamuddin menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang rajin, berdedikasi, tegas dan teliti dalam pekerjaannya serta berjaya melakukan transformasi terhadap surat khabar Sinar Harian.
“Allahyarham seorang yang baik dan tidak banyak bercakap, beliau hadir siang malam setiap hari ke tempat kerja. Sejak dua tahun lepas, Allahyarham bertungkus lumus dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Farah Hussamuddin untuk menambah baik dan membuat transformasi bagi pengisian editorial.
“Sumbangan Allahyarham sangat besar, Sinar Harian kini merupakan surat khabar nombor satu di Malaysia,” katanya.
Terdahulu, Hussamuddin memaklumkan berita kematian Allahyarham menerusi ciapan di Twitternya.
“Hari ini, Sinar Harian terpaksa merelakan sebuah pemergian. Semoga Allahyarham Datuk Baharom Mahusin, yang baru menghembuskan nafas terakhir beliau di PPUM damai di sana. Saya bersaksi bahawa arwah seorang yang amat baik. Semoga Allah SWT memberi tempat terbaik buat beliau,” tulisnya.
Dalam pada itu, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan warga kerja Sinar Harian.
“Kerjasama Allahyarham dengan Mapim sangat bermakna dan dihargai serta pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar buat dunia kewartawanan tanah air,” katanya dalam satu kenyataan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah turut berkongsi kesedihan atas berita berkenaan di Twitternya.
“Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Sedih menerima perkhabaran kembalinya Datuk Baharom Mahusin, Ketua Pengarang Sinar Harian ke rahmatullah. Semoga Allahyarham ditempatkan bersama para solihin,” tulis beliau dalam ciapan di media sosial itu.
Baharom yang dilahirkan di Kuantan, Pahang dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian pada April 2019. Beliau bermula sebagai wartawan sebelum menjadi pewarta Utusan Malaysia di London antara 1994 hingga 1997. Selepas itu, beliau bertugas sebagai Editor di akhbar Kosmo!.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 17 2020
Datuk Baharom Mahusin, Ketua Pengarang Sinar Harian. - Foto Sinar Harian
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rozaid Rahman dilantik Ketua Pengarang Sinar Harian
Wartawan veteran Rozaid Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian merangkap Ketua Pegawai Pengisian yang baharu, berkuat kuasa hari ini.
Ketua Pengarang Sinar Harian meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya.