SEREMBAN: Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad meninggal dunia akibat kanser pankreas di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, hari ini.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pemergian Allahyarham Hazri, 59, pada pukul 2 petang tadi disifatkan satu kehilangan besar buat seluruh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri ini.
Beliau berkata Allahyarham yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam PDRM merupakan pegawai yang berpengalaman yang sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam tugasannya dan seorang yang berpendirian tegas serta amanah.
"Allahyarham juga seorang pegawai disegani dan mesra dengan semua pegawai serta anggota. Banyak jasa dan pengorbanannya dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat di negeri ini.
"Saya berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi situasi sedih dan pilu ini, saya mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin," katanya ketika dihubungi Bernama.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Jelatang, Alor Gajah, Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Allahyarham yang berkhidmat lebih 30 tahun dalam PDRM merupakan pegawai yang berpengalaman yang sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam tugasannya. - Foto FB Polis Negeri Sembilan
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Ketua Polis Daerah Rembau Hazri Mohamad meninggal dunia akibat kanser
Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad meninggal dunia akibat kanser pankreas di Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban hari ini.