awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lagi insiden kren runtuh di Thailand, dua maut di Samut Sakhon
Butiran baharu cip Intel Arrow Lake Refresh muncul melalui penanda aras Geekbench
Empat Misi Pelaksanaan Pantas 2026 perkasa Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Radio Bernama Azlan Idris meninggal dunia

Bernama
Bernama
14/01/2026
22:40 MYT
Ketua Radio Bernama Azlan Idris meninggal dunia
Sepanjang tempoh perkhidmatan, Azlan memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju operasi stesen Bernama Radio. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Radio Bernama Azlan Idris meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal pagi ini.
Berita pemergian Allahyarham disahkan ahli keluarganya.
Azlan, 57, merupakan antara individu terawal yang menyertai Bernama Radio sejak penubuhannya pada 2007.
Sepanjang tempoh perkhidmatan, Allahyarham memainkan peranan penting dalam merangka hala tuju operasi stesen radio berkenaan termasuk melakar strategi bagi memastikan kelangsungan serta daya saing Bernama Radio ketika industri penyiaran negara berdepan tekanan hebat susulan ledakan teknologi digital yang berkembang pesat.
Azlan mula dilantik sebagai penerbit dan peneraju secara sambilan di Bernama Radio pada 27 Ogos 2007.
Beliau juga pernah berkhidmat di stesen televisyen TV3 dan NTV7.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Wan Syahrina Wan Ab Rahman yang merupakan Pengurus Saluran dan Kandungan Bernama TV serta empat anak.
Urusan pengebumian akan dimaklumkan kemudian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bernama Radio
#Azlan Idris
#meninggal dunia
#Ketua Radio Bernama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan