GENEVA: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin menggesa kemudahan dan kakitangan penjagaan kesihatan dilindungi daripada keganasan yang disasarkan semasa konflik, lapor Xinhua.
Bercakap pada perbincangan panel di ibu pejabat WHO di Geneva, Ketua Pengarah Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata kerosakan kemudahan penjagaan kesihatan dan kakitangan mereka telah menjadi norma, seperti yang dilihat di Gaza, Sudan dan Ethiopia.
Kenyataan Tedros dibuat susulan serangan maut terhadap pekerja bantuan oleh Israel, yang telah mencetuskan kemarahan dan kecaman antarabangsa. Keganasan itu memberi tekanan tambahan pada sistem kesihatan yang sudah terbeban dan membawa kepada trauma psikologi bagi pesakit yang terdedah, kata ketua WHO.
Lebih daripada 1,400 serangan ke atas pusat penjagaan kesihatan telah direkodkan pada tahun lepas, menyebabkan 742 orang terbunuh dan lebih seribu orang mengalami kecederaan, menurut statistik yang disediakan oleh agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Hospital dan kakitangan perubatan harus dihormati semasa konflik, selaras dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, kata Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB, Volker Turk pada perbincangan Isnin.
Sementara itu, di kawasan yang bebas daripada konflik, pemanasan global telah memburukkan lagi kemarau dan banjir, merosakkan kesihatan dan mata pencarian, Turk memberi amaran.
"Satu daripada perkara yang malang dalam peperangan ialah ia sentiasa mengenai pengurusan krisis, yang tidak meninggalkan banyak ruang untuk benar-benar menangani cabaran besar zaman kita," kata ketua hak asasi manusia PBB itu. "Krisis iklim jelas satu daripadanya."
Kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa liputan kesihatan sejagat harus dipromosikan, dengan Turk menggariskan bahawa akses sejagat kepada penjagaan kesihatan adalah hak asasi manusia, bukan isu politik. "Ia perlu mempengaruhi keputusan belanjawan yang dibuat oleh negara," katanya.
Turk dan Tedros mencadangkan pembinaan mekanisme dialog strategik semasa antara WHO dan pejabat hak asasi manusia PBB (OHCHR).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024
Ghebreyesus berkata kerosakan kemudahan penjagaan kesihatan dan kakitangan WHO telah menjadi norma, seperti yang dilihat di Gaza, Sudan dan Ethiopia. - Reuters
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Promosi berleluasa, tanpa kawalan antara faktor pengaruhi remaja jadi perokok kekal - KKM
Di bawah Akta 852, KKM akan memperketatkan larangan penjualan, pembelian dan penggunaan semua jenis produk merokok kepada orang belum dewasa (OBD) yang berumur kurang 18 tahun.
Menteri Palestin mahu AS desak Israel buka lintasan Rafah
Majed Abu Ramadan berkata tidak ada petunjuk bahawa pihak berkuasa Israel akan berbuat perkara berkenaan dalam masa terdekat.
Sistem kesihatan Gaza lumpuh, Israel dikecam teruk dalam mesyuarat tahunan WHO
Beberapa negara anggota turut menyalahkan Israel atas risiko kebuluran yang semakin meningkat di Gaza.
GPW14 instrumen penting bentuk masa depan ekosistem kesihatan sejagat
Malaysia optimis kerjasama dengan WHO melalui GPW14 akan membentuk masa depan kesihatan global.
WHO gesa Israel tarik balik sekatan bantuan ke Gaza
Saluran utama untuk bantuan perubatan ke enklaf dari Mesir telah terputus.
Tiada bekalan perubatan diterima di Gaza selama 10 hari - WHO
Penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar."
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
Hari Jururawat Antarabangsa: 500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt
Al-Daqran menyeru komuniti antarabangsa dan orang-orang yang bebas di dunia untuk melindungi petugas perubatan dan institusi kesihatan serta menjenayahkan serangan terhadap mereka.
Perbincangan perjanjian pandemik diteruskan selepas tarikh akhir: WHO
Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia bersetuju lanjutkan perbincangan selama dua minggu lagi mengenai perjanjian penting berhubung pengendalian pandemik masa depan.
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.