MELAKA: Penduduk di Kampung Kelongkong di Tanjung Kling, di sini, hidup ketakutan susulan misteri ketukan pintu tanpa salam kembali berlaku sejak seminggu lalu.
Warga emas, Azizah Baba, 65, berkata, pada Khamis lalu jam 12.38 pagi, dia terjaga dari tidur apabila mendengar ketukan kuat dari arah pintu belakang rumahnya.
Menurutnya, ketukan itu turut didengari suaminya berusia 70 tahun dan kemudian cuba meninjau dari tingkap di sebelah pintu namun tiada siapa.
"Sebelum kejadian mak cik dah terlena, tapi bila dengar ketukan kuat mak cik terjaga dan terkejut sebab terlalu kuat.
"Bunyi ketukan itu berulang kali selama 30 saat sebelum mak cik dengar rumah adik yang terletak bersebelahan rumah pula diketuk," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini, pada Isnin.
Tambahnya, beberapa tahun lalu pernah juga berlaku kejadian seumpama itu namun ketukan misteri itu hanya muncul pada waktu maghrib sahaja.
Bagi Zaleha Jalil, 67, berkata, rumah jirannya yang merupakan ibu tunggal turut diganggu ketukan kuat itu sehinggakan wanita yang tinggal bersendirian itu takut dan menggigil lalu menumpang tidur di rumahnya.
"Dah empat malam Rewah (jiran) tinggal di rumah mak cik, kasihan dia sampai menggigil.
"Bila dengar banyak rumah yang diganggu ketukan misteri itu mak cik yang tinggal seorang diri pun rasa takut.
"Harap tiada lagi ketukan misteri itu dan penduduk kampung juga ada buat rondaan pada waktu malam, selepas kejadian itu," katanya.
Sementara itu, Tok Sidang Kampung Tanjung Kling, Aziz Japar berkata, kira-kira 20 rumah mengalami kejadian misteri itu sejak Rabu hingga malam Ahad.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku selepas waktu Maghrib, jam 10 malam hingga 3 pagi.
"Walaupun ketukan misteri itu terus berlaku tetapi sehingga kini tiada sebarang kehilangan barang dilaporkan.
"Antara kampung yang terbabit termasuk Balik Bukit, Tanjung Kling, Lereh serta Simpang Tanjung," katanya.
Mengulas lanjut Aziz berkata, anak muda kampung akan membuat rondaan dan bergerak sejurus menerima maklumat berlaku kejadian.
"Sebenarnya sudah lama berlaku dan difahamkan ia bermula di Alor Gajah sebelum sampai ke kampung ini," katanya.
ARTIKEL ASAL DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Mon Jan 31 2022
Azizah menceritakan rumahnya didatangi ketukan misteri ketika ditemui di sini, pada Isnin. - Foto Sinar Harian
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.
Melaka cadang wujud Jelapang Padi Selatan
Kerajaan Melaka akan kemuka cadangan wujud Jelapang Padi Selatan kepada kerajaan Persekutuan bagi menjamin bekalan padi negara pada masa depan.
Lima pegawai polis antara enam ditahan proses ketum
Kesemua lelaki yang terdiri daripada pegawai kanan, pegawai rendah dan orang awam berusia antara 31 dan 55 tahun itu ditahan malam tadi.
Pelajar Tingkatan 3 maut ketika hantar adik ke sekolah
Mohamad Iqmal Daniel yang menunggang Yamaha 135LC sedang membawa dua adiknya dalam perjalanan dari rumah mereka ke SK Sungai Tuang.
Mayat wanita tanpa kepala, kaki dan tangan ditemukan dalam tong sampah
Seorang wanita dibunuh kejam apabila bahagian badannya ditemukan disumbatkan ke dalam tong sampah di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.
Dua individu mengaku salah palsukan hak milik tanah
Tiga individu didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu bagi tujuan penukaran hak milik tanah.
Garisan bercahaya dalam gelap pada tiga jalan di Melaka
Tiga jalan berkenaan ialah Jalan Kemuning-Hutan Percha di daerah Alor Gajah serta Jalan Tehel-Bukit Katil dan jalan Bemban-Serkam di daerah Jasin.
Melaka laksana program khas bantu mudahkan OKU dapat lesen memandu
Golongan OKU berpeluang berdikari dan mencari pendapatan sendiri seperti berniaga menggunakan motosikal roda tiga.
Anak hilang, ibu luluh dimaklumkan penemuan mayat
Luluh hati seorang ibu apabila dimaklumkan mengenai penemuan mayat dibunuh dan dibakar dipercayai anaknya di kawasan Hutan Percha, Alor Gajah minggu lalu.