awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TimeTec Parking lancar sistem bayaran parkir guna DuitNow QRPay
Korea Selatan akan import lebih 2 juta telur dari AS ekoran penularan selesema burung
Istana nafi Tengku Ampuan Pahang tawar bantuan wang tunai melalui media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keutamaan vaksinasi remaja 12 hingga 17 tahun dengan masalah kesihatan

Bernama
Bernama
13/08/2021
21:36 MYT
Keutamaan vaksinasi remaja 12 hingga 17 tahun dengan masalah kesihatan
Dr Noor Hisham berkata, bagi golongan berumur 12 tahun ke atas yang sihat, Kementerian Kesihatan masih menunggu data terkini. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Golongan remaja berumur 12 hingga 15 tahun akan diberikan suntikan vaksin namun keutamaan adalah kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata bagaimanapun bagi remaja berumur 16 dan 17 tahun, mereka yang mempunyai atau tanpa masalah kesihatan tertentu turut akan dipertimbangkan untuk diberikan suntikan vaksin.
Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan data baharu pada 16 Jun yang dilihat Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), telah mengandungi suntikan untuk golongan itu.
"Jadi NPRA telah meluluskan tetapi untuk pelaksanaan bergantung kepada keutamaan ialah mereka berumur 12 tahun ke atas kalau ada penyakit-penyakit lain contoh kanser darah.
"Untuk 16 dan 17 tahun, kita akan beri keutamaan kepada mereka yang ada penyakit yang dikenal pasti sebelum diberi vaksin manakala mereka yang tiada penyakit juga akan dipertimbangkan," katanya.
Beliau berkata pada peringkat awal, Pfizer mengemukakan kepada NPRA cadangan iaitu golongan umur 16 tahun ke atas divaksinasi, tetapi data untuk golongan umur itu tidak kukuh apabila mereka menggunakan ekstrapolasi daripada usia dewasa.
Dr Noor Hisham berkata bagi golongan berumur 12 tahun ke atas yang sihat, Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu data terkini.
BACA: Vaksin COVID-19: Suntikan untuk remaja 12 hingga 17 tahun akan dimulakan - Khairy
BACA: COVID-19: Pendaftaran vaksin kanak-kanak, remaja dibuka
BACA: COVID-19: UK tawar vaksin kepada remaja 16, 17 tahun
Sumber Facebook DGHisham
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bahagian Regulatori Farmasi Negara
#COVID-19
#Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#Kanak-kanak
#KKM
#suntikan
#vaksin
#remaja
#Pfizer
#ekstrapolasi
#dewasa
#sihat
#sakit
#masalah kesihatan
#data terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan