awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keuzuran Sazali P Ramlee dapat perhatian Menteri Agama

Astro Awani
Astro Awani
04/12/2020
12:17 MYT
Keuzuran Sazali P Ramlee dapat perhatian Menteri Agama
Dr Zulkifli Mohamad (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Sazali ketika berkunjung ke kediaman anak Seniman Agung P Ramlee itu di Semenyih pada Khamis. - Gambar Facebook Dr Zulkifli Mohamad.
KUALA LUMPUR:Keuzuran dan penderitaan anak kepada Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad.
Dr Zulkifli pada Khamis menziarahi Sazali yang kini berusia 62 tahun untuk bertanya khabar dan menyampaikan sumbangan.
Menurut Dr Zulkifli, dalam kunjungan itu, beliau mendengar cerita daripada Sazali mengenai pengalaman membesar sebagai anak kepada seniman tersohor negara.
"Semalam sempat singgah sebentar menyampaikan sumbangan kepada Encik Sazali P. Ramlee. Bagi yang masih teringat filem Ahmad Albab, inilah 'anak jin' yang bermain-main dengan Ahmad Albab di dalam gua.
"Kami sempat berbual-bual tentang kisah silam seniman agung P. Ramlee yang dia panggil sebagai daddy.
"Walaupun kini bertongkat dek pernah terlibat dalam kemalangan, dia nampaknya begitu ceria menyambut kami," kata Dr Zulkifli dalam hantaran di akaun media sosialnya pada Jumaat.
Sazali yang uzur selepas terbabit kemalangan pada Disember tahun lalu menetap di Semenyih bersama isterinya, Hamidah Hitam, 58.
Sazali pernah bekerja dengan Alam Flora tetapi berhenti kira-kira 13 tahun lalu selepas syarikat terbabit berpindah operasi ke Putrajaya.
Isteri beliau, Hamidah pula yang dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya turut menerima bantuan bulanan daripada Pusat Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pasangan berkenaan tidak mempunyai cahaya mata.
Ekoran keuzuran Sazali, Dr Zulkifli turut mendoakan kesejahteraan pasangan suami isteri itu.
"Saya dimaklumkan dia mendapat bantuan Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
"Saya doakan semoga Encik Sazali terus berbahagia bersama isteri.
"Sebelum melangkah, seakan terngiang-ngiang lagu Anakku Sazali. Sama-sama kita sedekahkan bacaan surah al-Fatihah kepada Allahyarham Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh @ P. Ramlee," kata Dr Zulkifli lagi.
Sebelum ini, Sazali juga dikunjungi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid di kediamannya sempena program Ziarah FINAS Prihatin 2.0.
Topic Berkaitan
#sazali
#P Ramlee
#Seniman Agung
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#Menteri Agama
#Dr Zulkifli Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan