awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KGBS mohon KPM tidak tarik balik elaun khas guru di pedalaman

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
28/01/2023
04:00 MYT
KGBS mohon KPM tidak tarik balik elaun khas guru di pedalaman
KPM perlu meneliti semula mekanisme yang paling sesuai berhubung pelaksanaannya termasuk tidak menarik balik elaun khas berkenaan. - Gambar hiasan
KUCHING: Presiden Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS), Zulkiflee Sebli berharap pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menarik balik Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) khasnya buat penerima di dalam kategori Pedalaman 1 (P1).
Semakan semula kelayakan penerima elaun khas meliputi kategori P1, P2 dan P3 itu mungkin akan membatalkan insentif kewangan tersebut yang telah banyak menampung beban yang dipikul oleh guru-guru di sekolah-sekolah pedalaman.
Jelasnya, pihak KPM perlu meneliti semula mekanisme yang paling sesuai berhubung pelaksanaannya termasuk tidak menarik balik elaun khas berkenaan yang telah diterima Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) KPM.
“Baru-baru ini kita dengar elaun imbuhan pedalaman akan ditarik balik jadi kita sangat risau sebab kita terima aduan daripada akar umbi bahawa banyak sekolah akan ditarik balik imbuhan pedalaman mereka, jadi kita minta kementerian dapat meneliti semula keadaan ini.
“Kerana kita tahu pengorbanan guru-guru pedalaman memang kita tidak dapat dikira denga wang ringgit jadi kalaulah peruntukkan ataupun bayaran imbuhan pedalaman ini ditarik balik kita rasa akan melemahkan semangat mereka dalam mendidik anak-anak bangsa kita,” katanya semasa ditemui Astro AWANI di sini.
Untuk rekod Pemberian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK) dilaksanakan melalui Surat Pekeliling perkhidmatan KPM Bilangan 5 tahun 2007 meliputi 873 buah sekolah yang berada di dalam kategori Pedalaman 1 (P1), Pedalaman 2 (P2) dan Pedalaman 3 (P3) di seluruh negara.
Berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan KPM Bilangan 2 tahun 2000 terdapat sejumlah 538 kawasan di Sarawak yang telah dipersetujui oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak layak menerima Bayaran Insentif Pedalaman (BIP)
Penentuan sama ada sesebuah sekolah itu berada di dalam kategori P1, P2, atau P3 dibuat dengan mengambilkira beberapa kriteria.
Antaranya bilangan mod pengangkutan (termasuk kos), risiko perjalanan, sumber air dan elektrik, kediaman, sanitasi, telekomunikasi, perkhidmatan kesihatan dan keselamatan serta kemudahan-kemudahan lain seperti bank, pejabat pos, termasuk bekalan bahan api.
Untuk rekod, elaun khas itu layak dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), dan AKP KPM yang bertaraf tetap, kontrak, sambilan, interim dan sementara yang berkhidmat di sekolah-sekolah pedalaman mengikut kadar bulanan iaitu RM500 (P1), RM1,000 (P2), dan RM1,500 (P3).
Topic Berkaitan
#KGBS
#KPM
#insentif
#pedalaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan