Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi belum dapat mengesahkan berita kematian ketua militan Daish Asia Tenggara, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya kini masih lagi memantau kesahihan berita berkenaan yang mendakwa pengganas itu telah terkorban dalam satu serangan baru-baru ini.
“Baru-baru ini kita dapat berita bahawa Wanndy telah meninggal dunia, iaitu terbunuh dalam satu serangan di Syria. Tapi hingga hari ini kita belum dapat pengesahan. Kita sedang memantau.
“Mungkin kita dapat sahkan berita ini (iaitu) kita akan buat satu kenyataan khas kalau betul berita ini. Rasanya, ia berita baik dalam usaha kita memerangi keganasan,” ujar Noor Rashid.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Serah Tugas Ketua Polis Perak Datuk Seri Abd Rahim Hanafi kepada Timbalannya Datuk Hasnan Hassan di Ipoh pada Selasa.
Muhammad Wanndy atau turut dikenali sebagai Abu Hamzah al-Fateh dipercayai ketua militan Daish Asia Tenggara dan dalang kepada beberapa serangan di rantau ini.
Pada 29 April lalu, isteri Muhammad Wanndy, Nor Mahmudah Ahmad, 28, memuat naik status di laman Facebook membayangkan bahawa suaminya itu telah terbunuh dalam serangan menggunakan dron di Ma'dan, Syria.
Sementara itu, mengenai tangkapan dua ‘raja dadah’ dari Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand baru-baru ini, beliau memberitahu ia membuka ruang kepada PDRM untuk menangkap saki baki anggota-anggota sindiket itu di negara ini.
“Saya percaya pihak kita pun telah berhubung dengan pihak Thailand apa juga maklumat yang telah diperolehi pihak Thailand.
“Ia akan menjadi maklumat amat berguna kepada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM untuk kita meneruskan operasi dalam negara kita untuk musnahkan rangkaian kedua-dua ‘raja dadah’ ini.
“Kita tahu (tentang) kedua-dua raja dadah ini - walaupun rakyat Malaysia tapi pada kebanyakan (masa) dia berada di Thailand, (dan) mempunyai rangkaian di negara kita,” ujarnya.
Astro Awani
Tue May 02 2017
Khabar tentang kematian Wanndy (kiri) belum dapat dipastikan. - Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Pasangan suami isteri mengaku bersalah miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Sepasang suami isteri hari ini mengaku bersalah di dua Mahkamah Tinggi atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish pada Mei lepas.
Bicara kes operator kilang sokong kumpulan Daish bermula 12 Feb 2025
Muhammad Aabid didakwa menyimpan bahan letupan, memiliki sembilan video dan lima artikel berkaitan pengganas Daish, serta membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.
Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.
Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.
Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.