awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah ceroboh tanah persendirian
Gangguan besar dilaporkan oleh pengguna X - NetBlocks
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairuddin dakwa Radzi lakukan jenayah qazaf, dinasihat bertaubat

Bernama
Bernama
21/09/2023
13:50 MYT
Khairuddin dakwa Radzi lakukan jenayah qazaf, dinasihat bertaubat
Mohd Khairuddin (kiri) berkata qazaf juga termasuk dalam kategori jenayah hudud serta antara dosa besar dalam Islam. Radzi mengeluarkan perkataan berkenaan ketika bertikam lidah dengan Anwar di Dewan Rakyat pada Selasa.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Bersatu Datuk Radzi Jidin dinasihat bertaubat kerana didakwa telah menyebut beberapa perkataan jelik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang termasuk dalam kesalahan jenayah qazaf.
Bekas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata qazaf juga termasuk dalam kategori jenayah hudud serta antara dosa besar dalam Islam.
"Ia menjadi satu kesalahan jenayah syariah dalam Akta dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di negeri-negeri dalam Malaysia.
"Bagaimana perkara itu dibiarkan berlaku dalam Parlimen tanpa sebarang teguran sedangkan dalam Parlimen terdapat ustaz-ustaz yang mendalami pengajian Islam dan memperjuangkan pula pelaksanaan hudud dalam negara," kata Mohd Khairuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus menerusi hantaran di akaun Facebook beliau.
Radzi mengeluarkan perkataan berkenaan ketika bertikam lidah dengan Anwar semasa Menteri Kewangan itu menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat pada Selasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Radzi Jidin
#qazaf
#Mohd Khairuddin Aman Razali
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan