awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairuddin sahkan dua jam disoal siasat

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
28/08/2020
10:15 MYT
Khairuddin sahkan dua jam disoal siasat
Mohd Khairuddin menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis dan Jabatan Peguam Negara, untuk membuat sebarang tindakan susulan. - Gambar fail
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mengesahkan disoal siasat selama dua jam oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Khamis malam berhubung kegagalan mematuhi kuarantin wajib selepas pulang dari luar negara, 7 Julai lalu.
Menurut Mohd Khairuddin, turut disoal siasat adalah tiga lagi ahli keluarganya.
Jelas Ahli Parlimen Kuala Nerus itu, beliau menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis dan Jabatan Peguam Negara, untuk membuat sebarang tindakan susulan.
“Saya beri keterangan yang patut sebagai saksi bagi isu yang dibangkitkan sekarang.
“Itu sahaja... bakinya tunggu lah daripada pihak polis dan AG (Jabatan Peguam Negara) terpulang pada apa yang mereka akan sebut nanti,” katanya selepas merasmikan program MSPO Negeri Perak, di sini pada Jumaat.
BACA: Mohd Khairuddin hadir di Bukit Aman beri keterangan malam ini
Ditanya sama ada polis mendapatkan keterangan berhubung tujuan beliau ke Turki, Mohd Khairuddin mengesahkan perkara tersebut.
BACA: Polis akan panggil saksi lengkap siasatan kes Mohd Khairuddin
“Saya telah maklum kepada mereka ke Turki atas "urusan rasmi".
“Satunya, untuk merundingkan projek kerajaan negeri Terengganu yang perlu selesai di kala saya dilantik menjadi Menteri dan juga bertemu dengan pegawai MPOC (Majlis Minyak Sawit Malaysia) di sana dan bertemu orang-orang penting seperti ahli perniagaan yang menguruskan projek sawit kita di sana.
“Antaranya, saya bertemu dengan Presiden Majlis Komoditi Turki, di mana dia antara terlibat menguruskan eksport sawit kita ke Turki,” jelasnya.
Dalam pada itu, Mohd Khairuddin memaklumkan bahawa siasatan itu tidak akan menjejaskan tugasnya.
Selain itu, Mohd Khairuddin turut menempelak segelintir pihak yang mendesak supaya beliau meletak jawatan susulan insiden tersebut.
“Saya tidak buat salah melibatkan kerja saya tetapi melibatkan satu kekhilafan dalam SOP, itu pun saya tak nak buat kenyataan panjang terserah kepada pihak polis.
“Saya ada pandangan saya tersendiri, saya serahkan kepada pihak polis dan KKM (Kementerian Kesihatan) telah mengeluarkan kenyataan, bagi saya selesai lah...,” tegasnya.
Terdahulu, KKM memaklumkan Mohd Khairuddin dikenakan kompaun RM1,000 pada 7 Ogos lalu atas kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pula dilaporkan mengesahkan pihaknya membuka kertas siasatan terhadap Mohd Khairuddin selepas menerima 27 laporan polis berhubung kegagalan beliau mematuhi kuarantin wajib.
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Bador
#Jabatan Peguam Negara
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Ketua Polis Negara
#KKM
#Majlis Minyak Sawit Malaysia
#Mohd Khairuddin Aman Razali
#PDRM
#SOP
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan