awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Khairuddin hadir di Bukit Aman beri keterangan malam ini

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
27/08/2020
13:34 MYT
Mohd Khairuddin hadir di Bukit Aman beri keterangan malam ini
Ahli Parlimen Kuala Nerus itu dilaporkan hadir pada Khamis jam 8 malam. - Bernama
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali hadir ke Bukit Aman malam ini bagi memberi keterangan susulan kegagalan mematuhi kuarantin wajib di rumah.
Difahamkan, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu tiba jam 8 malam, selepas proses berkenaan ditangguh beberapa kali.
Sebelum ini, Mohd Khairuddin dipanggil ke Bukit Aman pada petang Rabu sebelum lokasi itu ditukar ke Parlimen.
Ia bagaimanapun ditangguhkan kepada Khamis.
Media sebelum ini melaporkan polis mahu merakam keterangan Mohd Khairuddin bagi membantu siasatan berhubung kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kuarantin wajib di rumah selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.
Polis sebelum ini sudah membuka kertas siasatan terhadap Mohd Khairuddin susulan 27 laporan polis yang diterima di seluruh negara berhubung perkara itu.
Beliau sudah dikenakan kompaun oleh Kementerian Kesihatan sebanyak RM1,000 atas kesalahan tersebut.
BACA: Polis akan panggil saksi lengkap siasatan kes Mohd Khairuddin
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#Khairuddin
#operasi
#Parlimen
#siasatan
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan