KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial, Khairul Aming memperkukuhkan lagi reputasinya apabila berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records bagi 'nilai jualan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung TikTok Shop'.
Kejayaan itu dicapai melalui produk Dendeng Nyet Berapi yang mencecah nilai jualan RM1 juta dalam masa 3 minit 28 saat, baru-baru ini.
Khairul berkata, kejayaan ini bukan diraih dalam waktu yang singkat tetapi datang dengan pengorbanan untuk tempoh yang lama.
" Bila saya dapat tahu daripada TikTok Shop yang kejayaan kami menjual 80,000 dendeng adalah terpantas di TikTok Shop Malaysia dan sekaligus mendapat penghargaan Malaysia Book of Records, ia sebenarnya satu pencapaian yang luar biasa.
"Saya sangat berterima kasih kepada semua pihak dengan kemenangan ini. Ini hasil berkat usaha pasukan dan komuniti yang tanpa lelah menyokong saya,” katanya ketika menerima penghargaan Malaysia Book of Records di Central Market, di sini, hari ini.
Menurutnya, kejayaan ini tidak akan menjadi tanda noktah dalam meneruskan kerjayanya terutamanya bidang perniagaan mahupun sebagai seorang pembikin konten.
"Selepas ini, kita dalam fasa untuk kembangkan lagi produksi kilang dengan harapan kita boleh tambah kilang yang ketiga khususnya untuk Dendeng Nyet Berapi.
"Kita juga ada siri baru yang nak dilancarkan selepas raya dimana kita akan berpindah ke content travelling pula dan itu belum kita umumkan kepada orang ramai lagi, jadi ini adalah rahsia.
Dalam masa yang sama, usahawan yang terkenal dengan 30 hari 30 resipi itu turut memaklumkan akan melancarkan siri 'content travelling' selepas hari raya.
Usahawan tersebut turut berharap kejayaannya ini dapat dijadikan contoh kepada peniaga-peniaga di luar sana untuk menceburi bidang perniagaan.
"Ia sebenarnya satu loncatan baru, yang kita boleh buktikan sekarang ini, kalau nak jual produk secara talian pun tidak akan menjadi satu masalah. Sekarang ini pun kita dah tolong banyak jual produk-produk daripada Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME). Ada produk seperti ikan bilis, kuih bangkit dan macam-macam lagi.
"Saya nak ajak orang ramai untuk berniaga sekali dan sama-sama kita naikkan ekonomi setempat."
Pia Ernadya
Sat Mar 23 2024
Khairul menerima penghargaan Malaysia Book of Records di Central Market, hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbading peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbading peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Kadar SSL daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kadar tahap sara diri (SSL) daging ternakan ruminan di Malaysia bawah 20 peratus. #AWANInews
Khairul Aming belanja staf baju raya, barang dapur, buka puasa dan duit raya!
Jarang jumpa ketua yang macam ini, semoga murah rezeki Khairul Aming.
Khairul Aming tempa nama dalam Malaysia Book of Records
Khairul Aming memperkukuhkan lagi reputasinya apabila berjaya menempa nama dalam Malaysia Book of Records bagi 'nilai jualan RM1 juta terpantas melalui penstriman langsung TikTok Shop'.
Netizen tanya status halal produk Khairul Aming, ini jawapan tuan punya badan
Menurut usahawan itu, sebagai langkah pertama, syarikatnya telah mendapat sijil MeSTI bagi memastikan keadaan kilangnya bersih dan selamat.
Mahu berjaya seperti Khairul Aming? Ini tiga teras yang perlu anda beri perhatian...
Secara keseluruhannya, kejayaan yang 219 saat yang dilakar Khairul Aming pada Jumaat bukanlah usaha semalaman.
Khairulaming sasar jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop pada 2 Feb
Produk pertama Sambal Nyet Berapi sedia dijual untuk tiga tahun, produk kedua Dendeng Nyet Berapi akan mula dijual secara rasmi pada 2 Feb.
Tiru Sambal Nyet, Khairul Aming hantar surat tuntutan
Khairul Aming berkata, peguamnya telah pun menghantar surat tuntutan bagi pelanggaran hak harta intelek.
[KOLUMNIS] Apa makna di sebalik ucapan padu Khairul Aming di TikTok Awards Malaysia?
Pesanan dititipkan Khairul Aming sarat dengan mesej buat golongan anak muda yang terdorong untuk menjadi pempengaruh media sosial sepertinya.
Khairul Aming dinobat sebagai Creator Of The Year
Khairul yang merupakan usahawan berjaya turut menasihati pencipta kandungan muda untuk tidak mengabaikan pelajaran.
'Saya tak rasa tergugat, rezeki masing-masing' - Khairul Aming
Khairul Aming merupakan antara pembikin konten yang tercalon bagi kategori TikTok Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023.
Dr Rafidah Abdullah mohon maaf kepada Khairul Aming
Ia selepas nasihat berbetuk ciapan yang dituju kepada Khairul Aming itu tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.