awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kotak hitam pesawat tentera Libya terhempas ditemukan
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairulaming sasar jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop pada 2 Feb

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2024
00:45 MYT
Khairulaming sasar jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop pada 2 Feb
Khairul Aming akan melancarkan jualan produk kedua ini secara eksklusif melalui TikTok Shop, di mana ia akan dijual pada harga RM14.99 setiap satu.- Foto Amanz
KHAIRULAMING merupakan nama yang tidak asing lagi bagi ramai pengguna di Malaysia, di mana beliau terkenal dengan perkongsian sejumlah video resipi masakan, selain turut menjadi inspirasi ramai anak muda.
Selain menjadi pencipta kandungan, Khairulaming turut sama mempunyai perniagaan menjual produk makanan.
Produk pertama Sambal Nyet Berapi sedia dijual untuk tiga tahun, dan kini produk kedua akan mula dijual secara rasminya pada 2 Februari ini, iaitu Dendeng Nyet Berapi.
Khairulaming akan melancarkan jualan produk kedua ini secara eksklusif melalui TikTok Shop, di mana ia akan dijual pada harga RM14.99 setiap satu, dan sebanyak 80,000 unit akan dijual pada jualan pengenalan.
Khairulaming menyatakan untuk kali ini, mereka akan cuba untuk menyasarkan menjadi produk pertama tempatan yang mencapai jualan RM1 juta terpantas di TikTok Shop Malaysia.
Sebelum ini, pelbagai produk yang dijual oleh Khairulaming terjual dengan pantas, dan tidak mustahil rekod berkenaan akan berjaya dipegang oleh beliau pada jualan 2.2 kelak. Khairulaming turut menyatakan yang mana kini hampir 60% jualan yang dijana adalah dari TikTok Shop, dan baki 40% adalah dari platform lain.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Dendeng Nyet Berapi melalui TikTok Shop, pada 9 malam, 2 Februari 2024 ini.
Dendeng Nyet Berapi Berat : 180g Harga : Rm 14.99 Kuantiti : 80,000 unit Dalam video ni kita buat full explanation mengenai purchase limit, level kepedasan, dan juga info yang lain kenapa kita pilih dendeng sebagai produk kedua. Jumpa you guys hari jumaat ni! pic.twitter.com/bQxTNAGtxm
— Khairulaming (@khairulaming) January 31, 2024
Topic Berkaitan
#usahawan
#Khairul Aming
#Dendeng Nyet Berapi
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan