KUALA LUMPUR: Seperti yang diramal, pempengaruh media sosial, Khairul Aming dinobatkan sebagai pemenang kategori Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023.
Khairul yang popular dengan kandungan masakan sepanjang bulan Ramadan berkata, kemenangan ini merupakan hasil sokongan daripada keluarga, rakan-rakan pencipta kandungan dan pasukan perniagaannya.
“Terima kasih kepada mak, arwah ayah dan pasukan Sambal Nyet. Kalau ayah dapat tengok saya terima anugerah ini mesti dia berbangga sebab sudah lapan tahun saya bekerja keras,” katanya ketika menerima trofi.
Pada masa sama, Khairul yang juga merupakan usahawan menasihati pencipta kandungan muda untuk tidak mengabaikan pelajaran.
“Kepada anak muda yang menceburi bidang ini, kalau masih bersekolah, habiskan belajar dahulu supaya keluar nanti boleh jadi pencipta kandungan berkualiti.
“Pencipta kandungan ini bukan sekadar tular sahaja, tapi perlu ada adab dan kebolehan menyelesaikan masalah,” katanya.
Khairul atau nama sebenar, Khairul Amin Kamarulzaman, 31, berjaya menewaskan lima pencabar terdekatnya seperti Boss James yang mengendalikan akaun TikTok @bossjames_eo; Lawyer Gandhi (@lawyerghandi); Auntie Purple (@auntiepurple248); Ceddy (@ceddyornot) dan Sally (@sallywhoo).
Sebaik sahaja diumum sebagai pemenang, pempengaruh media sosial kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menerima tepukan dan sorakan gemuruh daripada seluruh penonton.
TikTok Awards Malaysia 2023 berlangsung dari Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.
TikTok Awards ialah acara anugerah terbesar anjuran platform media sosial, TikTok untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan luar biasa yang merangkumi pelbagai latar belakang dan bidang.
Mereka mempamerkan kreativiti melalui penghasilan kandungan yang menyeronokkan seterusnya memberikan impak positif kepada segenap lapisan masyarakat.
TikTok Awards Malaysia 2023 turut dimeriahkan dengan beberapa nama besar seperti Datuk Yusof Haslam, Bell Ngasri, Amber Chia, Farah Ann Abdul Hadi dan ramai lagi yang akan menyampaikan trofi.
Malam kemuncak TikTok Awards MY 2023 akan dihoskan Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson.
Penonton juga disajikan dengan persembahan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Dolla, Marsha Milan, Ernie Zakri, Alyph, Hael Husaini, Gaston Pong dan ramai lagi.
Asyraf Roslan
Sun Aug 27 2023
Khairul Aming telah dinobatkan sebagai TikTok Creator of The Year 2023 dalam #TikTokAwardsMY yang diadakan di MITEC, Kuala Lumpur pada Ahad. - Gambar Hilal Azmi
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
Artis Malaysia lancar lagu #ThinkTwice di TikTok, pupuk nilai positif dalam talian
#ThinkTwice mengingatkan semua agar mempunyai empati, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi juga masyarakat yang lebih luas kerana kata-kata mempunyai kuasa.
PERDA giat persiap usahawan kuasai teknologi digital, media sosial
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) giat mempersiapkan usahawan di bawah bimbingan mereka untuk melengkapkan diri dengan penggunaan teknologi selaras perkembangan dunia digital.
Bytedance perkenal sokongan integrasi akaun TikTok pada aplikasi Lemon8
Lemon8 memfokuskan pada perkongsian koleksi gambar atau video, mirip kepada Pinterest, untuk memaparkan informasi dan perkongsian.
TikTok jamin teliti isu buli siber, scam, fitnah - PM
Anwar dan Zi Chew turut membincangkan kerjasama antara Kerajaan MADANI dan TikTok di Malaysia.
Trump dilaporkan tidak akan haramkan TikTok
Antara janji kempen Trump ialah sekiranya menang beliau tidak akan mengharamkan TikTok kerana ia hanya akan menguntungkan syarikat seperti Meta.
Aura Ina Naim menyerlah, 22,000 tonton pasangan pengantin baharu
Siaran tersebut memperoleh 2.7 juta tanda suka dan lebih 283,000 jumlah keseluruhan tontonan sepanjang hampir satu jam sesi berlangsung.
Rangka pesawat dalam video, gambar tular bukan milik TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menafikan rangka pesawat yang dipaparkan dalam video dan gambar tular menerusi media sosial adalah miliknya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
Arahan dibuat menggunakan Akta Pelaburan Kanada yang membenarkan semakan pelaburan asing yang boleh membahayakan keselamatan negara.