awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Khairy perlu bertanggungjawab, bagaimana dana boleh hilang dengan mudah? - Wira Perkasa

Astro Awani
Astro Awani
21/03/2016
11:57 MYT
'Khairy perlu bertanggungjawab, bagaimana dana boleh hilang dengan mudah? - Wira Perkasa
IRWAN: Khairy perlu bertanggungjawab dalam hal ini.
Jentera Pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Wira Perkasa menggesa Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memberi penjelasan lanjut bagaimana dana kerajaan bernilai RM100 juta mudah 'disonglap' pegawai kanan kementerian tersebut.
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berhujah, sepatutnya kelulusan setiap aliran keluar dan masuk wang di kementerian harus diperincikan.
"Inilah yang terjadi akibat mengambil mudah.
"Saya melihat sepanjang Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan, ini merupakan isu rasuah paling besar melanda kementerian ini," kata Irwan dalam satu kenyataan media.
Justeru itu, beliau menggesa Khairy selaku menteri harus bertanggungjawab dalam hal ini.
"Jika YB Menteri tidak boleh selesaikan kes ini, bagaimana kita nak letakkan kepercayaan kepada menteri yang lain?" soalnya lagi.
Khairy dalam sidang medianya hari memaklumkan perbuatan rasuah yang didakwa sudah lama berterusan itu menunjukkan kakitangan kementerian itu telah menyalah guna prosedur yang tidak memerlukan kelulusan pegawai atasan termasuk Menteri atau Ketua Setiausaha.
BACA: Isu penyelewengan: Pegawai kanan KBS salah guna prosedur - Khairy
Beliau turut mengumumkan sebuah pasukan siasatan bebas akan ditubuhkan bagi mengenal pasti kelemahan dalam prosedur kewangan dalaman kementeriannya.
Setiausaha Bahagian KBS ditahan oleh SPRM pada 17 Mac lalu selepas disyaki terlibat sindiket menyeleweng dana kerajaan lebih RM100 juta.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Topic Berkaitan
#dana kerajaan KBS
#Irwan Fahmi Ideris
#Khairy Jamaluddin
#salah urus dana
#songlap dana kerajaan
#Wira Perkasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan