awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam

Bernama
Bernama
23/02/2025
06:00 MYT
Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Ishsam, 59, meninggal dunia selepas menyertai perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang, semalam disebabkan serangan jantung.
KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia, semalam.

Ringkasan AI
  • Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, merakamkan ucapan takziah kepada keluarga ADUN Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin, yang meninggal dunia akibat serangan jantung.
  • Mohamed Khaled menyatakan bahawa pemergian Ishsam merupakan kehilangan besar kepada rakyat di Ayer Kuning, negeri Perak, UMNO, dan Barisan Nasional (BN).
  • Jenazah Ishsam telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh, Perak.

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pertahanan berkata pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Saya doakan keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan terberat ini.
"Sama-sama kita doakan agar Allahyarham ditempatkan bersama golongan yang beriman," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham, sahabat handai serta penduduk DUN Ayer Kuning atas kehilangan itu.
"Semoga roh Allahyarham dilimpahi rahmat dan ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Ishsam, 59, meninggal dunia selepas menyertai perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang, semalam disebabkan serangan jantung.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh, Perak pada 10.40 pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ishsam Shahruddin
#Mohamed Khaled Nordin
#Saifuddin Nasution
#ucapan takziah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan