awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khalid Abu Bakar dilantik pengerusi Prasarana, Duta Khas

Astro Awani
Astro Awani
05/09/2017
06:33 MYT
Khalid Abu Bakar dilantik pengerusi Prasarana, Duta Khas
Khalid dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd yang baharu. -Gambar fail
Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd yang baharu.
Menurut laporan Bernama, pelantikan itu diumumkan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Datuk Seri Najib turut mengumumkan pelantikan Khalid sebagai Duta Khas bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan, fahaman pelampau dan pemerdagangan manusia.
Semalam, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-11 menggantikan Khalid ekoran persaraan wajib beliau.
Khalid, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, berpengalaman lebih 40 tahun dalam PDRM selepas memulakan khidmatnya dengan pasukan keselamatan itu sebagai inspektor pada 5 Disember 1976.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#prasarana
#Tan Sri Khalid Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan